12 December 2011

Kronologi perbicaraan Fitnah II - Umno campur tangan, Najib hina Mahkamah

12.30 tengah hari: Persoalan kedua yang perlu diberi perhatian oleh Hakim Zabidin, kata Karpal, adalah keterangan pembelaan yang dibuat Anwar dari kandang tertuduh. Menurutnya, ia perlu diambil kira dalam penghakiman kerana ia mengandungi rujukan terhadap bukti-bukti yang dibentangkan di mahkamah sepanjang perbicaraan.

12.43 tengah hari: Karpal menyifatkan Saiful ibarat seekor kambing yang menurut sahaja semua arahan yang kononnya datang daripada Anwar dan merelakan dirinya diliwat. Menurutnya, Saiful mempunyai banyak peluang untuk melarikan diri tetapi tidak berbuat demikian. Justeru, mahkamah perlu mengkaji semula kredibiliti Saiful sebagai saksi, kata Karpal.
“Kredibiliti SP1 (Saiful Bukhari) perlu dikaji semula oleh mahkamah kerana ia amat penting dalam keseluruhan kes,” kata Karpal.


12.25 tengah hari: Karpal turut menarik perhatian mahkamah kepada Saiful yang berulang kali memfitnah kononnya beliau diliwat secara paksa namun, kata Karpal, keterangan beliau di mahkamah membuktikan sebaliknya.

Saiful tidak lari ke unit kondominium bertentangan dengan tempat, kononnya kejadian berlaku untuk menyelamatkan diri, katanya.


12.17 tengah hari : Karpal berkata antara persoalan utama yang perlu diambil kira Hakim Zabidin dalam penghakimannnya kelak adalah kesaksian tertuduh, Saiful Bukhari Azlan. Ini kerana, saksi kedua pembela, Dr Mohd Osman Abdul Hamid mengesahkan Saiful pernah memasukkan objek plastik keras ke duburnya sendiri.

12.10 tengah hari: Peguam Karpal Singh memulakan hujah penggulungan. Menurutnya, ulasan Najib terhadap keterangan Anwar dari kandang tertuduh pada Perhimpunan Agung Umno lalu adalah campur tangan berat terhadap proses keadilan. Najib, kata Karpal, perlu didakwa kerana menghina mahkamah.

12.07 tengah hari: Mahkamah mula bersidang.

12.04 tengah hari: Ketua AMK, Shamsul Iskandar dan penasihat DAP, Lim Kit Siang tiba di galeri awam mahkamah. Mahkamah padat dengan orang ramai.

11.55 pagi: Galeri awam hampir penuh dengan wartawan, ahli-ahli politik Pakatan Rakyat dan orang awam.

11.50 pagi: Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di mahkamah dengan pakaiaan lengkap Parlimen diiringi Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Turut tiba pada masa yang sama adalah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail; Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul. Tiba lebih awal adalah Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya, dan Naib Presiden N Surendran.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive