15 December 2011

PRU 13 selepas 9 Jan - DSAI jangka dia akan didapati bersalah

KUALA LUMPUR 15 Dis. - Ketua Pembangkang Daituk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan beliau akan didapati bersalah atas pertuduhan liwat yang dikenakan ke atasnya. Ianya bukan disebabkan beliau mengiyakan perlakukan tersebut, akan tetapi ianya adalah Konspirasi jahat bagi menghalang beliau menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional.

Ketua Umum PKR itu turut berikrar akan berjuang menumbangkan Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib waimah dipenjarakan atas pertuduhan tersebut.

Anwar akan meneruskan penguatkuasaan kesatuan Pakatan untuk mengaplikasi perjuangan reformasi beliau walaupun pada ketika itu beliau menjangkakan akan dipenjarakan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut walaubagaimanapun tidak berminat untuk mempersoalkan tindakan bekas Pembantu beliau Saiful Bukhari, akan tetapi musykil dengan tarikh yang dipilih bagi membuat keputusan kes beliau itu.

Anwar mendakwa tarikh 9 Januari tersebut merupakan akan disusuli dengan pembubaran Parlimen bagi membolehkan PRU13 diadakan. [VIDEO DISINI]

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive