07 December 2011

Zul Nordin mai tengok LIMA dengan MP BN

LANGKAWI 7 Dis. - Tujuh Ahli Parlimen, termasuk wakil Bebas dibawa meninjau Pameran Antarabangsa Aeroangkasa & Maritim Langkawi 2011 (LIMA11), di sini, petang tadi, khusus bagi memahami konsep penganjuran pameran itu, selain keperluan pemilikan aset strategik yang berperanan penting terhadap aspek keselamatan dan pertahanan negara.

Mereka termasuk Khairy Jamaluddin (BN - Rembau), Nancy Shukri (BN - Batang Sadong), Datuk Zulkifly Nordin (Bebas - Kulim Bandar Baharu) dan Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri (BN - Kuala Nerus).

Nancy ketika ditemui pemberita berkata, pendekatan perlu diteruskan kerana boleh mengelak salah faham mengenai pembelian sesuatu aset pertahanan dan keselamatan oleh kerajaan sehingga boleh mencetuskan spekulasi.


"Melalui LIMA, kita boleh mendapatkan gambaran jelas kepentingan pemilikan peralatan atau kelengkapan tertentu terhadap negara. Ini boleh mengelak berlakunya salah pemahaman, bukan saja di kalangan Ahli Yang Berhormat, bahkan rakyat," katanya.

Dengan adanya lawatan sebegini, beliau berharap tiada lagi isu negatif ditimbulkan pembangkang seperti pertikaian mereka terhadap kemampuan operasi kapal selam negara hingga menimbulkan kekeliruan.

"Dengan adanya lawatan sebegini, saya percaya tidak timbul lagi isu negatif seperti 'kapal selam tidak boleh menyelam' ,katanya.

Sementara itu, Mohd Nasir ketika ditemui berkata, lawatan semalam jelas membuktikan ketelusan dan keterbukaan kerajaan dalam proses perolehan aset pertahanan dan keselamatan negara

1 comment:

Anonymous said...

Bhai,

Takkan tak tahu perangai tangkai jering Zul Nordin ni. Asyik nak pekena duit orang je....dah jenis makan free je. Elok le dia tutuh duit Mp-MP BN ulak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive