20 January 2012

Bikin Kontroversi Lagi .. Jupe & Nikita Tayang Buah Dada

Selepas model-aktres sensasi Nikita Mirzani, kini giliran model-aktres-penyanyi dangdut seksi lagi kontroversi, Julia Perez aka Jupe, dikecam Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI). Jupe di dakwa melanggar peraturan penyiaran kerana dengan sengaja menayangkan dadanya secara vulgar.

Memetik laporan KapanLagi.com, Jupe telah dikecam dan diberi peringatan oleh KPI menerusi surat yang dikeluarkan pada 17 Januari lalu kerana menayangkan secara close-up tubuhnya terutama bahagian dada ketika berjalan melintasi sebuah kamera. Ketika itu Jupe selaku hos sedang menjayakan program Tri Angles yang disiarkan pada 28 Disember lalu, terbitan stesen saluran ANTV. KPI meminta agar Jupe tidak lagi berperlakuan seperti itu, jika tidak satu tindakan tegas akan diambil.

Begitu juga dengan pihak stesen tersebut, di minta agar tidak lagi menyiarkan program seperti itu. Malah topik membicarakan tentang seks tidak layak untuk tayangan dengan klasifikasi 'R'. Sekaligus dilarang melakukan eksploitasi seksual secara berlebihan baik melalui gambar mahupun isi topik perbincangan dalam program yang diterbitkan.

Sehari sebelum itu, Nikita Mirzani juga telah ditegur KPI menerusi surat yang dikeluarkan pada 9 Januari lalu mengatakan bahawa dia telah mendedahkan payudaranya dengan membuat aksi kurang sopan.

Petikan surat itu mengatakan, “Pada 26 Disember 2011, jam 11.39 malam WIB, seorang model telah mengeksploitasi tubuh bahagian dada dengan menggoyang-goyangkannya secara vulgar. Selain itu juga, penampilanya dalam program Kakek-Kakek Narsis (KKN) terbitan stesen Trans TV itu turut mendedahkan bahagian paha.

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=SaKke4in8rs

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=BVRFFU8mwfc

KPI beranggapan tindakan ibu anak satu itu, melanggar Pedoman Perilaku Penyiaran Fasal 8 dan Standard Program Siaran Fasal 9 dan 17a.

Walaubagaimanapun Nikita menafikan bahawa tindakan itu disengajakan. Katanya dia tidak berniat untuk membuat aksi sedemikian dan baju yang dipakainya disediakan oleh pihak televisyen. Dia bekerja untuk mencari duit, oleh itu apa saja yang dipinta oleh pihak televisyen, dilakukan tanpa banyak soal.

- mD

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive