Anak-Anak Muda menempelak tindakan polis terhadap tangkapan mahasiswa dan ini lebih menyedihkan apabila ada yang tercedera. Kami tekankan bahawa Mahasiswa atau anak muda punyai hak menuntut kebebasan dan pemansuhan AUKU dan tindakan menangkap dan merempuh mahasiswa yang datang berhimpun di bawah Suara Mahasiswa tidak merupakan satu kesalahan.
Sewajarnya pihak polis menjaga dan mengawal keadaan dan bukan melakukan rempuhan sehingga mendatangkan kecederaan terhadap mahasiswa.
Kami yakin dan percaya, Gerakan Mahasiswa tidak akan lemah dengan pencabulan pihak polis dalam insiden di UPSI semalam. Mahasiswa dan Anak Muda perlu terus memperjuangkan agenda perubahan yang digarap bersama dalam mereformasikan Universiti, Kebebasan Akademik dan Pemansuhan AUKU dan Akta-akta yang ‘menggari’ dan ‘memenjarakan’ mahasiswa. ... SETERUSNYA
No comments:
Post a Comment