19 January 2012

Ni pasai apa pulak dah .... Shahrizat saman Rafizi dan Zuraida

KUALA LUMPUR 19 Jan. - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menfailkan saman ke atas dua Pemimpin PKR iaitu Ahli Parlimen Ampang YB. Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Saman tersebut dikeluarkan berikutan tindakan kedua-dua individu tersebut yang didakwa telah mengeluarkan kenyataan berbentuk fitnah ke atas dirinya mengenai Syarikat milik suami Shahrizat iaitu Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC).

Shahrizat yang diwakili Peguam beliau Safie Abdullah mendakwa, saman tersebut merupakan saman yang dikeluarkan Ketua Wanita UMNO Malaysia itu sendiri berdasarkan serangan bertubi-tubi sehingga mengaibkan beliau.

Sebelum ini, kedua-kedua Pemimpin kanan Parti pimpinan Datuk Seri Dr. Wan Azizah itu telah menyerang Shahrizat berkenaan isu NFC yang turut melibatkan pembelian 2 kondominium sebagai salah satu aset syarikat terbabit. - KLpos

STONE : Tunggu reaksi Rafizi dan Zuraida, tapi don't worry, sdra Rafizi ada strateginya  .... 100juta beb ...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive