13 February 2012

Bayar balik RM250 juta : Nazri kepada Sharizat

KUALA KANGSAR – Menteri Pembangunan Wa­nita, Keluarga dan Masya­rakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dinasihatkan supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya untuk menjalankan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz yang menasihatkan demikian berkata, itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan.

“Beliau tak perlu letak jawatan. Apa yang paling utama, kembalikan semula wang itu kepada kerajaan,” katanya.

Nazri berkata, dengan penyelesaian seperti itu, kerajaan masih boleh meneruskan projek NFC.

“Tetapi selepas ini, adalah lebih baik dijalankan secara tender terbuka bagi mengelak masalah hal yang tidak diingini,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Larian Ria di pekarangan pejabat Umno Bahagian Padang Rengas di sini, semalam - Sinar Harian

2 comments:

Anonymous said...

Mudahnya memberi cadangan. Kalau ini terjadi kepada PR, adakah Nazri akan berkata ayat yang sama? Tidak mungkin. Apapun kita lihat apa kesudahannya dengan peristiwa. Jangan sebab mereka ini VIP, benda ini dipandang sebelah mata aje. Selesaikan mengikut perundangan yang ada tanpa campurtangan pihak pihak tertentu.

Anonymous said...

Ciss...
Aku punya sakit hati la..
Nak buat pinjaman utk business sikit punya susah. Tanya bank2 kenapa susah sangat. Dia orang kata ini arahan Bank Negara.

Cissss....

Kalau keluarga si Shahrizat begitu senang boleh dapat pinjaman sampai ratusan jura ringgit sebelum buat perjanjian apa maknanya ini.

Bila di check rupanya bukan aku sorang sahaja yang mendapat kesusahan utk mendapatkan pinjaman, ramai lagi orang lain yang mendapat nasib yang sama seperti aku.

Mentang2 lah rakyat ni tak ada pangkat dan kedudukan maka di KASTAkan begitu rupa pada rakyat bawahan.

Benci aku.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive