28 February 2012

Bongkar lagi ... 'Lembu Shahrizat' beli supermarket mewah pula di Singapura

NONE
Kecewa dengan kegagalan kerajaan bertindak terhadap syarikat penternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NCFC) yang didakwa terbabit dengan penyelewengan dana RM250 juta, PKR hari ini mendedahkan bahawa syarikat berkenaan memiliki sebuah pasaraya mewah di Singapura.


Pengendali pasar raya itu yang berdaftar di Singapura, Farmhouse Supermarkets Pte Ltd dimiliki bersama oleh suami Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil - Datuk Mohd Salleh Ismail - bersama dua anak mereka, Wan Shahinur Izran, dan Wan Izzana Fatimah Zabedah.



Menurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Farmhouse memeterai perjanjian dengan pusat peruncitan mewah yang dinamakan Star Vista, untuk menjadi penyewa utama pusat membeli-belah itu dengan menyewa 28 unit di tingkat dua.



Rafizi juga telah mengunjungi tapak pusat membeli-belah yang masih dalam pembinaan di lokasi utama berhampiran Universiti Teknologi Nanyang di Singapura.



Semakan dengan Suruhanjaya Persaingan, kata Rafizi mendedahkan bahawa sewa di lokasi utama itu adalah sekitar harga SGD350 hingga SGD500 bagi setiap meter persegi. 



Justeru, katanya ini bermakna sewa bulanan bagi kira-kira 3,000 meter persegi yang disewa di pusat membeli-belah yang disewa dari Farmhouse adalah sekitar SGD900,000 atau RM2.2 juta. - Mkini


STONE: Macam ni punya terang-terang penyelewengan pun Hj Najib masih boleh buat dekkk jer lagi? ...... Beli kondo (2 buah pulak tu), beli kereta dan sekarang beli pasaraya pulak ... semua menggunakan duit RM250 juta tu, terang-terang menyeleweng dah  .... tapi Najib masih tak kata apa-apa tak buat apa-apa ... takut? Takut Shahrizat bongkar rahsia may be?


CCID Director Datuk Syed Ismail dah kata ada kes pecah amanah dalam urusan perjalanan NCF ...  dan kini kita tunggu apakah laki Shahrizat akan didakwa atau kes ini akan senyap begitu saja ...





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive