04 February 2012

Mak Cik ni perlu bantuan ... apa kata hampa huluq sekupang dua

JALAN NIBONG STESEN – “Mak cik tidak tahu kepada siapa lagi hendak mengadu, perbelanjaan makan minum pula hanya mengharap mereka yang simpati, termasuk jiran tetapi tidak tahu sampai bila keadaan ini harus berterusan,” kata Khamsiah Muda, 56, warga emas yang kecewa permohonannya mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditolak.

Khamsiah yang kini hidup dalam kesempitan di sebuah pondok berkata, dia memohon mendapatkan bantuan kerana tiada sumber pendapatan setelah suaminya, Che Harun Ismail, 62, meningal dunia empat tahun lalu.


Khamsiah berkata, untuk menyara kehidupan, dia terpaksa mencari kerja, namun faktor usia menyebabkan dia gagal mendapatkan pekerjaan sesuai.

Katanya, sebagai warga emas yang hidup sebatang kara dan tiada sumber pendapatan, dia memerlukan bantuan menyara kehidupan.

Bagaimanapun, dia amat kecewa kerana permohonnya itu ditolak atas alasan yang tidak dapat diterimanya.

“Jika orang miskin macam mak cik ini tidak layak menerima bantuan, kerajaan hendak bantu orang macam mana?

“Jika tidak percaya dengan apa yang mak cik cerita, datanglah ke rumah, lihatlah kehidupan mak cik di pondok buruk yang mak cik jadikan tempat berteduh ini, jika mak cik ada duit, takkan tinggal dalam keadaan begini,” katanya.

Menurutnya, pihak JKM juga tidak pernah datang ke rumah untuk melihat keadaannnya yang daif itu biarpun difahamkan pernah menghubunginya sebelum ini.

Katanya, status permohonnya diketahui selepas menerima sekeping surat bertarikh 10 Januari 2011 yang memaklumkan bahawa permohonannya ditolak atas sebab tertentu.

“Jika tidak mahu beri pun tidak apalah, nak buat macam mana, Mak cik pun dah tua, mungkin tak lama hidup,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu bolehlah berbuat demikian melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Khamsiah Muda 11200-29-00024794-6.sinarharian.com.my 


STONE :  Mana YB dia, xkan xboleh p tengok dan selesaikan masalah mak cik ni kot? Atau isu mak cik xglamor xakan dapat publisiti? 

1 comment:

awang samiun said...

Sapa YB kawsan nenek ni?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive