25 February 2012

Pemimpin PKR didakwa ditangkap khalwat di Kuantan

PETALING JAYA: Seorang pemimpin kanan PKR didakwa ditangkap berdua-duaan dipercayai bersama wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Balok awal pagi tadi.
Pemimpin itu diserbu pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kira-kira jam 3 pagi di bilik hotel berkenaan.
Menurut sumber, beliau berada di hotel itu bagi menyertai pertemuan (retreat) bersama pimpinan PKR lain selama tiga hari.
Melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diedarkan kepada pimpinan dan anggota PKR lain, pemimpin yang didakwa menafikan hal itu.
Melalui SMS itu, beliau menjelaskan bahawa wanita terbabit mempunyai masalah keluarga, malah beliau turut menasihatinya untuk pulang.
Difahamkan juga pemimpin yang didakwa terbabit turut membuat laporan polis. - FMT

Ustaz Badrol Amin telah menafikan dengan smsnya berbunyi:

"Kes isteri orang lari dari suami dtg ke hotel di Kuantan tmpt retreat. Suami dtg dgn gangster tuduh ana bawak lari n sorok. Kes setel 'family problem'. Mak pompuan datang. Mmg dorang nak cerai. Isteri dh selalu nak lari. Ana nasihat pulang semula" - KELAB GREENBOC

2 comments:

Anonymous said...

Gua punya komen saudara tapis/remove ke? Saudara adalah blogger yang tidak boleh menerima kritikan.

Kalau jadi pencacai PKR kena la cacai betul2. Jangan nak tapis komen pembaca.

Tanpa pembaca blog saudara tidak bermakna.

Saudara fikir betul2, pasal ostat badrul nie. Masuk akal ke? datang dari selangor ke pahang terus perempuan tu tahu kedatangan ostat nie. Jika tdk ada perhubungan @ komunikasi awal takkanlah dorang boleh berjumpa.

Jam 3 pagi pula tu. Perempuan tu dah siap bukak tudung. Buka tudung depan ostat apa cerita? pintu diketuk, lepas 20 minit baru buka.

Kelakar la ostat korang nie. Imam Mahdi pun ambil peranan nak coverline, katanya ostat seorang sahaja dalam bilik ketika JAIP datang. JAIP datang lepas suami datang bawa keluar isteri dia, mestilah ostat tu tinggal sorang.

Cerita nie, hanya JAIP dan suami perempuan yang tahu.

Gua akan datang lagi lepas nie.

Stone525i said...

Anony, minta maaf gua terpaksa removed u punya komen awal tadi. Sebabnya komen itu di artikel tak berkenaan, kedua kerana ada beberapa perkataan yang tak elok dibaca. Minta maaf. Walaubagaimana pun gua ucapkan terima kasih kerana sudi melayari Mimpisenja/ TQ

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive