PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Jumaat bertindak membakar memorandum Pemuda Barisan Nasional (BN) yang mengutuk kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung sokongannya terhadap isu keselamatan negara Israel.
Setiausaha Pemuda BN Datuk Megat Firdaus Megat Junid berkata tindakan PKR membakar memorandum itu selepas Pemuda BN meletakkannya dalam peti surat parti itu di ibu pejabat PKR di Damansara di sini kira-kira 4 petang Jumaat, menunjukkan parti itu 'tidak amanah dan jujur'.
Beliau berkata selepas memorandum itu diletakkan dalam peti surat, kira-kira 50 anggota Pemuda BN yang menyertai perhimpunan itu mendapati kakitangan PKR keluar dan mengambil memorandum itu lalu membakarnya.
"Bayangkan, jika memorandum ini pun boleh dibakar, apatah lagi surat masalah rakyat dan surat-surat rasmi lain.
"Kami (BN) tidak pernah membakar surat-surat dari parti pembangkang dan akan sentiasa memastikan ada pegawai yang menerima memorandum yang dihantar baik positif atau negatif," katanya di sini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Tuah Masrom berkata polis dapat mengawal keadaan semasa perhimpunan itu. - BERNAMA
3 comments:
buat kesat shits lagi bagus!!!!padan dengan muka umnogok!!!!bodoh bawak kemampos!
pemuda pakatan yang patut turun demo kerna dagangan dgn israel dari pemuda umno yang turun atas kenyataan yang diputarbelit.
Agaknya kalau masuk bakul sampah tak pe kot!
Post a Comment