27 February 2012

Siswi IPTA ditangkap khalwat dengan suami orang

ALOR SETAR: Akibat mengikut teman lelakinya menyewa bilik di sebuah motel di Jalan Sultan Badlishah, di sini, seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini berusia 22 tahun dicekup berkhalwat, semalam.
Pelajar dari Sungai Petani itu dan pasangannya yang sudah beristeri dan mempunyai seorang anak, ditahan jam 9 pagi ketika mereka tidur. 

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Syeikh Muhammad Suhaimi Salleh berkata, sepasukan lima anggota diketuai Jailani Abdul Talib ke motel berkenaan sejurus menerima maklumat.

Beliau berkata, sebaik membuat pemeriksaan di bilik pertama di tingkat atas motel berkenaan, seorang lelaki yang hanya bertuala membuka pintu selepas terkejut apabila pintu bilik diketuk berulang kali.

“Lelaki berusia 26 tahun itu membenarkan anggota penguat kuasa masuk ke dalam bilik untuk membuat pemeriksaan dan ada seorang wanita menutup badannya dengan selimut di atas katil. - myMetro

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive