19 February 2012

Tuduhan Latif Ibrahim Meninggal Dunia Palsu - Dia Stabil Di IJN

Oleh NIEZAM ABDULLAH
Latif Ibrahim
PETALING JAYA: Spekulasi yang mengatakan penyanyi dan pelakon veteran tahun 80-an iaitu Latif Ibrahim meninggal dunia pada Sabtu adalah tidak benar.
Sebaliknya penyanyi itu berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini pada Sabtu.
Pelakon Liza Abdullah yang juga rakan beliau berkata, Latif kelihatan bersemangat dan boleh berborak dengannya ketika melawat beliau pada Sabtu malam.

"Keadaannya stabil. Dia boleh berborak dengan saya sambil bertanya saya tak 'shooting' ke?" katanya kepada mStar Online melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) di sini Ahad.
Menurut Liza, dia bergeges ke IJN pada Sabtu selepas mendapat berita kononnya Latif meninggal dunia.
Jelasnya, selepas melihat dan berjumpa Latif secara berdepan barulah dia berpuas hati dan menganggap tuduhan itu adalah palsu.
"Saya geram betul. Kenapalah ada org yang suka sangat buat cerita tak betul. Saya memang tak sedap hati bila dapat tahu cerita tu. Sebab tu saya terus ke IJN untuk melihat kesahihannya," kata Liza.
Tambahnya, Latif merupakan individu yang kuat semangat dalam menempuh penyakit jantung yang di hadapinya itu.
Sehubungan itu Liza meminta semua pihak mendoakan kesejahteraan Latif dan tidak menyebarkan berita palsu pada masa akan datang.
Sementara itu adik penyanyi tersebut iaitu Datuk Khatijah Ibrahim memberitahu kesihatan Latif berada dalam keadaan terkawal.
Pada Sabtu pihak media di khabarkan Latif meninggal dunia selepas ada pihak menyebarkan berita tersebut sehingga menimbulkan suasana panik.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive