02 March 2012

Ahli perniagaan bunuh teman wanita sorok mayat 2 setengah tahun

Ahli perniagaan bunuh teman wanita, sorok mayat 2 1/2 tahun
BANGKOK- Polis di Thailang berkata mereka menahan seorang ahli perniagaan Norway yang mengaku membunuh teman wanita berbangsa Thailand dan membiarkan mayatnya reput di dalam vila mewah selama dua setengah tahun.
Kolonel Sirisak Wasasiri berkata semalam, Stein Havard Dokset yang berusia 50 tahun, mengaku membunuh teman wanitanya dengan menolaknya jatuh tangga selepas mereka bertengkar di rumah tepi pantai di Pulau Phuket.
Wanita itu dilaporkan hilang oleh polis di Phuket lewat 2009.
Katanya, polis bertindak selepas menerima maklumat daripada orang yang tidak dikenali dan menemui mayat wanita yang reput di dalam tong sampah di bilik air Dokset.
- Bangkok Post

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive