Mahkamah Persekutuan hari ini mendapati imam Hoslan Hussin yang membaling selipar ke arah panel tiga hakim pada insiden 22 Februari lalu adalah bersalah kerana menghina mahkamah.
Sehubungan itu, beliau dijatuhkan hukuman penjara setahun.
Hoslan yang dihadapkan ke mahkamah pagi ini juga didapati tidak memberi penjelasan secukupnya berhubung tindakannya.
Hakim, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin berkata mahkamah mendapati demikian setelah mendengar penjelasan Hoslan, 46 di mahkamah tersebut hari ini.
Hoslan antara lain menjelaskan bahawa beliau keliru dengan perjalanan kes melibatkan dirinya dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan diputuskan di mahkamah tersebut pada 22 Februari lalu.
Hoslan berkata, beliau keliru dengan perjalanan kes tersebut "bermula daripada awal."
Kes tersebut sepatutnya di dengar di Mahkamah Syariah dan bukannya di Mahkamah Sivil, katanya yang meminta prihatin mahkamah.
1 comment:
salam,di harap blogger dan para pemimpin PR siasat.ada maklumat mengatakan masjid pandan indah tmpt iman ini bertugas sblm ini,adlh tanah wakaf yg telah dijual kpd pemaju.menurut sumber yakni peguam yg menguruskan segala urusan,hampir rm40 juta dihabiskan utk rasuah pihak maiwp.
Post a Comment