03 March 2012

Pengarah2 Lembu Shahrizat guna RM81 juta untuk seronok-seronok

Para pengarah NFCorp guna RM81 juta untuk diri sendiri?


KUALA LUMPUR, 3 MAC: National Feedlot Corporation (NFCorp) harus bertanggungjawab untuk RM81 juta yang dikeluarkan oleh para pengarahnya yang digunakan untuk diri sendiri.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, beliau telah mendapati bahawa sejumlah RM81,324,745 telah dihutang kepada firma ternakan lembu tersebut oleh “syarikat yang ada hubung kait” dengan pengarah NFCorp sepertimana yang tertera dalam laporan tahunan NFCorp pada 2009.

Katanya, laporan tersebut mendedahkan bahawa jumlah wang itu disenaraikan sebagai “terimaan lain” dan tidak bercagar serta tidak mempunyai terma pembayaran semula yang tetap.

“Kerana jumlah wang tersebut dibiayai oleh pembayar cukai, maka saya menyeru NFCorp untuk segera memberitahu ke mana setiap sen daripada wang RM81 juta ini pergi.

“Terdapat satu keperluan untuk akauntabiliti di sini. Wang rakyat tidak boleh digunakan sesuka hati mereka dan tidak boleh disorok. Ia haru telus.”

“(Para pengarah) mendakwa semua perbelanjaan adalah demi NFCorp. Jika demikian, sila senaraikan semua. Tak perlu menyorok. Mana RM81 juta?” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Di bawah Akta Syarikat, syarikat tidak dibenarkan untuk memberi hutang kepada pengarah melainkan pinjaman perumahan, dan itu pun harus mendapat kelulusan daripada pemegang saham. Dalam kes NFCorp yang mengendalikan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), pemegang saham utamanya, iaitu Kementerian Kewangan, tidak pernah memberi sebarang kebenaran sedemikian.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, setelah disemak, didapati bahawa tiada sebarang kebenaran pemegang saham diberikan dan ianya tiada dalam akaun yang diaudit.

“Tiada sebarang dokumen yang memberitahu bahawa kebenaran telah diberikan untuk memberi pinjaman kepada pengarah,” tambah beliau.

Menurutnya, beliau akan membawakan perkara itu ke mesyuarat Jawatankuasa Akaun Awam Parlimen (PAC) pada Isnin ini.

Katanya, beliau juga akan mencadangkan kepada PAC untuk memanggil para pegawai daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kewangan dan juga pengarah-pengarah NFCorp bagi membuat penjelasan. – Roketkini.com

STONE : Senang sungguh depa ni perabih duit. Apa ada hal 81 dari 250 , ala ciput jer tu. ... 
Pasai tu Sharizat tak mau sangat tinggal jawatan dia tu, satu takut kena bongkar bila dia dah di luar kerajaan dan satu lagi tak der dah masyuk nya ... sebaliknya silap-silap dia dan lakinya yang masuk ke dalam ... hahaha

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive