04 March 2012

Pilihlah Melayu jujur atau Melayu tidak amanah untuk diberi kuasa mentadbir negara - Dato Mahfuz

PARIT SULONG – Rakyat dalam negara ini diberi pilihan untuk menilai perilaku para pemimpin Melayu sama ada yang jujur atau tidak amanah bagi diberi kepercayaan mentadbir negara, kata Dato’ Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS.

Pilihan yang ada sekarang katanya ialah PAS mahupun UMNO kerana kedua parti itu didominasi oleh kaum Melayu.

Sehubungan itu, tidak timbul soal pemberian jawatan nombor satu dalam negeri ini akan diperuntukkan kepada kaum bukan Melayu.

”Yakinlah orang Johor. Kalau menang (dalam pilihan raya), orang Melayu yang akan jadi Menteri Besar,” tegas beliau lagi dalam satu kenyataan.


Dalam pada itu, beliau ternyata kesal dengan pro paganda daripada sekutu parti lawan yang cuba memainkan sentimen perkauman dengan harapan sokongan terhadap PAS beralih semula kepada mereka.

Malah tambah beliau lagi, cubaan menakut-nakutkan masyarakat yang berbilang bangsa ini adalah disifatkan sebagai memperdagangkan kaum.

”Yakinkan (orang Melayu) dengan publish Harakah. Lim Guan Eng kata tak ada pemimpin DAP yang boleh jadi Perdana Menteri. PM mesti orang Melayu. Realitinya tak boleh PM orang Cina.

”Ini boleh diyakinkan kepada rakyat bagi menghilangkan perasaan bimbang kononnya Cina jadi PM.

”MCA terus takutkan Cina kepada PAS yang kalau undi DAP beri jalan PAS berkuasa. UMNO kata PAS-DAP beri kuasa kepada DAP.

”Ini memperdagangkan kaum dan menakut-nakutkan mereka.

”Apapun keperluan pilihan raya, sama ada yang menang PR atau BN, parti Melayulah yang akan terajui negara,” tegas beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis Taklimat Penerangan PAS Johor di Markas PAS Parit Bisu, Semerah, Parlimen Parit Sulong, Batu Pahat, dekat sini, baru-baru ini. - IBN-BACOKS

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive