03 April 2012

Datuk K - Rozita Che Wan kahwin : Rozita saman penyebar fitnah

GUA berpeluang bertemu dengan aktres jelita, Rozita Che Wan ketika majlis pernikahan Azza Elite, di Masjid Bukit Antarabangsa, petang semalam. Kesempatan ini digunakan GUA untuk bertanyakan mengenai isu yang sedang hangat melanda beliau kononnya beliau telah berkahwin dengan suami kepada penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza, Datuk Khalid Mohd Jiwa.

“Benda ini fitnah. Saya tak tahu macam mana isu ini boleh timbul dan siapa yang mula membangkitkan isu ini. Saya berkemungkinan akan mengambil tindakan kepada individu yang menyebar fitnah ini. Orang yang reka cerita ini patut bertanggungjawab kerana isu ini melibatkan orang lain,” tegas Rozita mengakui tidak boleh berdiam diri lagi.


“Ini kali ketiga saya dikaitkan dengan Datuk K. Dua tahun lepas pun benda yang sama dan benda ini boleh timbul lagi walaupun saya dah menafikan perkara ini. Mereka yang menyebarkan fitnah ini memalukan saya dan juga menjejaskan rumahtangga orang lain. Saya mungkin akan saman individu tersebut.”

Tambah ibu kepada dua anak lelaki ini, “Saya pun tak faham, jika betul saya berkahwin, tunjukkanlah bukti. Bagi saya, jika tak ada bukti, tak payah buat cerita. Benda ini semua fitnah. Bila tulis benda tak elok yang saya sendiri tak buat, pandangan masyarakat akan buruk terhadap saya. Selagi saya tak ambil tindakan, selagi itu orang tak akan berhenti bercakap.”

Dalam perkembangan lain, Rozita baru saja selesai menjalani penggambaran telemovie, ‘Sayang Cok Man’ untuk TV2. Wanita berusia 39 tahun ini juga bakal terlibat dengan penggambaran drama 13 episod, ‘Cinta Chef’ mulai hari ini. - GUA.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive