24 April 2012

DBKL pagar Dataran, rampas khemah mahasiswa

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekali lagi menjalankan operasi ke atas perkhemahan siswa dan aktivis di Dataran Merdeka – dikenali sebagai Occupy Dataran – dalam tindakan awal pagi ini.

Menurut seorang peserta perkhemahan, Temme Lee, seramai kira-kira 30 orang pegawai DBKL mengepung tapak perkhemahan itu dan merampas khemah serta kanopi ketika peserta berkenaan sedang nyenyak tidur.

NONEPegawai DBKL itu kemudiannya bertindak memagari kawasan berkenaan dengan pagar besi dan pita kuning, dalam operasi kira-kira jam 6.15 pagi itu, kata Temme.

Menurutnya lagi, pegawai berkenaan merampas sepuluh khemah dan empat kanopi.

"Mereka ambil semua (barang) kecuali makanan," katanyayang menambah, barangan peribadi peserta berkenaan termasuk beg dan dokumen pengenalan turut dirampas.

Wanita itu juga berkata, satu pergelutan kecil turut berlaku di antara peserta dan penguatkuasa tersebut namun tiada penahanan atau insiden serius berlaku.

1 comment:

Unknown said...

KALAU buat itu dan ini oleh pihak PR atau NGO lain tak boleh, dan hanya untuk sambut Merdeka dan Hari Wilayah, maka elok sangat dataran itu dibajak, tanam keledek, jagung atau apa sahaja. jadikan ia tempat berkebun, DBKL tak susah nak kendalikan, pelancong suruh tengok benda lain pulak, sambutan merdeka buatlah di Putrajaya, sambutan Wilayah buatlah di Titiwangsa. habis kisah. yalah, kalau ada dataran rakyat tak boleh guna, sedangkan pelancong boleh posing semua, lebih baik jadikan kebun tanaman, atau dah paling malas tanam pisang aja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive