EVENT ORGANISER

Treasure Hunt - Amazing Hunt ... please call 69Event dot com at 013.2999.666

17 April 2012

Proton lancar model baru Preve

SERI KEMBANGAN - Proton Holdings Berhad (Proton) secara rasmi melancarkan model sedan yang terbaru - dikenali sebagai Preve menggunakan sehingga 94 peratus komponen dikeluarkan pengedar tempatan, sekali gus menjadi model Proton pertama bertaraf lima bintang menerusi Program Penilaian Kenderaan Malaysia (MyVAP).
Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pendekatan yang digunakan dalam menghasilkan Preve amat dititikberatkan daripada segi konsep, reka bentuk dan kejuruteraan serta pengilangan bagi membawa Proton ke peringkat lebih tinggi.
"Kami telah bekerja keras dengan pengedar dan wakil penjual di bawah tender penglibatan awal pengedar (EVI) bagi memastikan konsep reka bentuk keseluruhan untuk sistem dan komponen Preve.

"Preve adalah bukti kemampuan Proton menghasilkan produk bertaraf dunia,” katanya pada majlis pelancaran model itu di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa (MIECC) di sini, malam ini.
Menurutnya, model baru itu sangat penting kepada Proton sekali gus membawa kenderaan proton ke tahap lebih tinggi dalam aspek keselamatan, prestasi, keselesaan, kualiti pembinaan, teknokogi dan reka bentuk keseluruhan.
Sejak prapelancaran 14 Mac lalu, Proton menerima lebih 1,000 unit tempahan awal.
Nama Preve diambil daripada perkataan Inggeris, Proof (bukti) membawa mesej bahawa kereta itu adalah bukti kepada visi dan komitmen Proton yang berterusan seiring dengan hasrat untuk membawa jenama itu ke peringkat global.
Dengan berkonsepkan sedan keluarga yang elegan dan selesa, Preve disasarkan untuk pengguna yang sudah berkahwin berusia di antara 20 hingga lewat 40 tahun serta untuk mereka yang ingin memiliki kereta tambahan.
Sebelum ini, Proton menyatakan moden Preve akan memasuki pasaran Asia dalam tempoh tiga bulan selepas pelancaran dan menyasarkan jumlah eksport menyumbang lebih 30 peratus kepada jumlah keseluruhan jualan model Proton untuk tahun ini.
Preve ditawarkan dengan harga RM59,990 hingga RM72,990 bersama lima tahun waranti atau 150,000 kilometer, yang mana terdahulu.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Proton kini menempa sejarah baharu menerusi pelancaran Proton Preve yang dapat memenuhi citarasa pelanggan global.
Dipetik Bernama, Beliau berkata, pelancaran model kereta global baharu itu mencerminkan transformasi Proton untuk melonjak ke tahap yang lebih tinggi setelah lebih 27 tahun meneraju industri automotif  negara menerusi model kereta nasional.
"Ia juga merupakan perkembangan yang signifikan. Dengan semangat yang ditunjukkan oleh kakitangan Proton, sokongan kerajaan dan pimpinan Tun Mahathir sebagai penasihat, serta pengurusan yang digabung jalin antara DRB-Hicom dan Proton, Proton akan menempa masa depan yang lebih hebat," kata Najib.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan model kereta nasional terbaharu. Turut hadir ialah penasihat Proton Tun Dr Mahathir Mohamad Proton kini dikuasai secara majoriti oleh DRB-HICOM selepas DRB-HICOM memperoleh kepentingan 42.74 peratus daripada cabang pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Bhd.
Najib berkata, Proton berjaya melakukan transformasi menerusi kualiti kejuruteraan dan prestasi bertaraf global serta pelbagai nilai tambah lain, termasuk kemudahan Internet 4G, sehingga meletakkan Preve sebagai "bertaraf lebih tinggi berbanding kebanyakan kereta lain."
"Kesungguhan kakitangan Proton menghasilkan kereta ini akan menjadi kebanggaan dan kegembiraan semua rakyat Malaysia," katanya.
Sementara itu, Najib berkata pengambilalihan Proton oleh DRB-Hicom Bhd mampu membawa Proton ketahap yang lebih unggul memandangkan synergi yang ada pada
syarikat konglomerat berkenaan.

"Pemilihan DRB-Hicom telah melalui proses yang objektif dan kita telah buat penilaian," katanya, sambil menambah, DRB-Hicom juga mempunyai pelan korporat yang terbaik untuk Proton pada masa depan.
"Ia merupakan satu perkahwinan yang akan membawa kepada natijah yang menguntungkan Proton dan negara," katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive