19 May 2012

Artis Hollywood era 70an, Donna Summer disahkan meninggal dunia

LOS ANGELES, 19 MEI 2012: Penyanyi era muzik disko 70-an, Donna Summer telah disahkan meninggal dunia kelmarin, Khamis (waktu tempatan). Menurut jurucakap kepada pemenang anugerah Grammy sebanyak lima kali itu berkata, Donna Summer menghembuskan nafas terakhir di samping ahli keluarga di Naples, Florida, pada awak pagi Khamis.

Namun, mereka enggan mendedahkan butiran mengenai kematian mendiang yang berusia 63vtahun itu. "Pada awal pagi ini (pagi Khamis), kita telah kehilangan Donna Summer Sudano, seorang wanita yang berbakat besar.

"Dalam kesedihan kita meratapi kematiannya, kita turut meraikan kehidupannya yang gemilang dan legasi muzik yang ditinggalkan," kata keluarga Summer dalam satu kenyataan.


Sepanjang kariernya, Summer mempunyai 32 single hit di carta Billboard, termasuk empat buah lagu yang berada pada kedudukan nombor satu.

Album terakhirnya, Crayons yang diterbitkan pada 2008 tampil dengan tiga lagu hit I'm a Fire, Stamp Your Feet and Fame. Dia juga pernah muncul pada program televisyen seperti America's Got Talent dan Platinum Hit pada tiga tahun lalu. Lagu terakhirnya adalah To Paris With Love yang dirakamkan pada 2010. - murai

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive