03 May 2012

BERSIH 3.0 : Polis paksa perempuan tanggal baju

Polis didakwa memaksa perempuan yang memakai baju Bersih menanggalkannya ketika mahu menunaikan solat Maghrib, kata Pengerusi Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Sheikh Ismail.
Mengecam arahan yang dibuat di Masjid Jamek, beliau yang berada di situ menyifatkannya sebagai sangat biadab dan tidak menghormati martabat wanita.

“Wanita ini ke Masjid untuk solat Maghrib, ada antara mereka berehat sambil menunggu LRT dibuka. Masa itulah, sekumpulan polis meluru masuk ke masjid beramai-ramai.



“Polis ugut wanita agar buka baju atau kena tangkap,” katanya kepada Keadilan Daily dan beliau sedang mengumpul bukti lengkap berkaitan insiden itu.


“Semalam, mangsa menemui saya dan memberitahu bersedia memberi bukti video berhubung kebiadaban polis itu.

“Saya masih menunggu bukti dalam bentuk gambar dan video dari sekumpulan wanita yang dipaksa membuka baju,” katanya lagi.

Difahamkan, ketika kejadian beberapa LRT termasuk Masjid Jamek dan stesen Bandaraya dihenti operasi dipercayai bagi menghalang sebahagian peserta Bersih merakam adegan keganasan polis kepada peserta sekitar kawasan itu. -Sumber

1 comment:

JAKA said...

umno adalah parti memerintah yang takut kepada kartun dan tshirt kuning.

umno adalah parti yg amat benci kepada kebersihan.. mereka cintakan kekotoran.

umno dan lucah bagai isi dgn kuku, aur dgn tebing, iblis dgn neraka

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive