31 May 2012

Bubu Syahrini bakal berkahwin?

Syahrini dan Syazni Alias atau Bubu
Syahrini dan Syazni Alias atau Bubu
Kontroversi mengenai status kekasih Syahrini, Syazni Alias atau Bubu masih hangat dikatakan. Walaupun dihimpit pelbagai kontroversi, namun cinta mereka tetap teguh.

Hubungan terjalin selama dua tahun itu khabarnya tidak akan di sia-sia begitu sahaja kerana masing-masing ingin lebih serius.

Bubu, menerusi temu bual akhbar tempatan, mengakui dia dan Syahrini masih dalam proses mengenali antara satu sama lain.

“Alhamdulillah, hubungan kami semakin dekat seperti yang diinginkan sebelum ini. Namun, untuk memperkatakan mengenai hubungan pernikahan, ia masih belum dibincangkan lagi.

“Saya rasa, masih terlalu awal untuk berbincang mengenai perkara itu, namun tidak menolak sekiranya ada jodoh dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara Syahrini pernah mengakui semakin selesa bersama Bubu dan tidak menolak untuk membawa hubungan mereka ke jinjang pelamin.  SH

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive