“Selepas isteri hilang, saya sekeluarga tidak berhenti berdoa, mengadakan solat hajat dan merujuk kepada pakar agama yang mendakwa isteri saya berada di sekitar sebuah masjid yang tidak dapat dikenal pasti lokasinya.
“Saya bersyukur kerana akhirnya isteri ditemui,” kata Nik Mohamad Yusof ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Kundor, dekat Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini, semalam.
Menurutnya, kehilangan isterinya amat membimbangkannya kerana dia itu menghidap penyakit diabetes kronik dan memerlukan suntikan insulin setiap hari.
“Isteri sudah lama tidak sihat dan saya difahamkan pada hari terakhir sebelum hilang, dia terlupa menyuntik insulin dan mengambil ubat untuk penyakitnya. - myMetro
No comments:
Post a Comment