Ketika ramai orang melihat soal kawalan ke atas wang sebanyak RM 3 billion oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid sebagai satu perbuatan yang salah, penulis pula melihatnya dari pandangan berbeza.
Pada penulis, ketika itu, di kala ekonomi negara sedang menghadapi masalah berikutan tekanan penyangak matawang dari luar, situasi ekonomi dalam negara pula menyaksikan projek-projek mega diserahkan kepada kroni-kroni Tun Dr. Mahathir, terutamanya kepada proksi paling rapatnya, Tun Daim.
Perkara ini didedahkan sendiri oleh Datuk Seri Dr. Zahid Hamid, ketika itu Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam perhimpunan Agung UMNO 1998. Pendedahan yang menggegarkan negara itu menyaksikan satu persatu nama kroni Mahathir di dedahkan sebagai penerima terbesar kontrak kerajaan dengan Daim mengungguli carta.
Walaupun tidak ada kajian mendalam dibuat, tapi penulis sentiasa percaya bahawa semua pembaziran wang negara untuk projek-projek mega pada waktu itu turut menyumbang kepada kegawatan ekonomi negara – walaupun tidak menafikan spekulator wang asing sebagai punca utama.
Logiknya disini, kalau ratusan billion ringgit wang untuk pembinaan projek-projek mega ini kekal sebagai rizab emas negata, penulis percaya Bank Negara Malaysia mampu bertahan dari serangan spekulator asing ke atas matawang kita.
Itupun, penulis mendengar, salah satu dari projek mega tersebut iaitu Kompleks Sukan Bukit Jalil yang dibina Kumpulan Renong (kini UEM Berhad)untuk Sukan Komanwel 1998, kekal tidak dibayar kerajaan kepada syarikat yang membinanya dan dianggap sebagai ‘sumbangan ikhlas’ Tan Sri Halim Saad (proksi Daim) kepada kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Mahathir.
Kalau Anwar tidak membawa keluar wang RM 3 billion ini dengan segera, percayalah, wang dalam negara kita akan habis dibahagi-bahagikan kepada kroni-kroni Mahathir (konon atas nama pembiayaan projek mega), dengan rakyat dibawah hanya tinggal menganga sahaja.
Itu dari segi projek mega, dari segi ekonominya pula tindakan membawa keluar wang RM 3 billion itu juga mempunya kesan positif kepada ekonomi negara.
Seperti yang kita semua sudah tahu, sumber kepada RM 3 billion itu adalah datang dari not RM 500 dan RM 1,000 yang dihentikan penggunaannya oleh Bank Negara Malaysia pada akhir 1990-an sebagai sebahagian dari tindakan menyelamatkan ekonomi Malaysia dari krisis matawang serantau yang melanda negara pada ketika itu.
Dengan kejatuhan Ringgit yang sangat ketara pada ketika itu, tindakan membawa keluar wang ini dan menyimpannya di luar adalah sebenarnya tindakan yang patut dilakukan untuk memastikan nilai wang kita kekal kompetitif apabila kaedah tambatan matawang diperkenalkan.
Sekurang-kurangnya, Malaysia masih mempunyai wang untuk diniagakan di luar negara. Perlu diingat Bank Negara telah mencairkan RM 30 billion dari rizab emas negara untuk mempertahankan ringgit pada 1997 sahaja dan beratus billion lagi telah dibelanjakan untuk projek-projek mega seperti KLIA, Putrajaya dan sebagainya.
Mana ada duit lagi yang tinggal? Disinilah wang RM 3 billion itu memainkan peranan.
Pendek kata, pengambilan keluar wang ini punyai strategi yang akhirnya menguntungkan ekonomi negara, dilakukan oleh Anwar yang dianggap banyak pihak sebagai pengkhianat bangsa. Sekarang kita tahulah siapa pengkhianat bangsa dan siapa yang tidak.
Dipetik dari mynewshub - Malaysian Digest

No comments:
Post a Comment