04 June 2012

Kerabat Diraja lari tak bayar bil hotel AS7.4 juta

Paris – Seorang puteri Arab Saudi yang juga bekas isteri Putera Mahkota Nayef Abdel Aziz berjaya diberkas ketika cuba melarikan diri daripada hotel Shangrila tanpa menjelaskan bil berjumlah AS$7.4 juta.
Maha al- Sudani, cuba melarikan diri pada pukul 3.30 pagi menyebabkan pihak hotel terpaksa menghubungi polis.
Selain itu, duta Arab Saudi turut dihubungi susulan kejadian itu, namun Maha menikmati kekebalan diplomatik.
Sementara itu, pengarah hotel mewah tersebut, Alain Borgers berkata, bil berkenaan masih belum dibayar sehingga kini.
Puteri tersebut sebelum ini pernah melarikan diri daripada membayar bil pada 2009 sehingga memaksa beliau ke mahkamah selepas rangkaian fesyen Key Largo menuntut bayaran sebanyak 89,000 euro yang dihutang oleh Maha.
Pada tahun sama, Telegraph melaporkan puteri berkenaan telah mengurung diri dalam Hotel George V di Paris bagi mengelakkan diri daripada pengutip hutang yang menunggunya.

Maha dilaporkan telah membelanjakan berjuta-juta dolar untuk membeli pakaian berjenama, barang kemas dan barangan mewah lain sejak menetap di Paris selama beberapa tahun.
Setiap kali beliau bersama rakannya memasuki gedung mewah tersebut, wakilnya akan memberikan dokumen bahawa bayaran akan dibuat kelak.
Berikutan tabiatnya yang kuat berbelanja itu, Raja Abdullah telah mengarahkan tahanan dalam rumah ke atas puteri tersebut. - MD

1 comment:

Anonymous said...

Kalau hidup mewah dengan cara menipu, lebih baik jangan jadi kerabat raja...jadi kumpulan LANUN lagi baguih..rakyat tak akan pertikai apa-apa dah..sebab LANUN..memang perangai macam tu..!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive