NUSAJAYA - Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini melahirkan rasa murka terhadap bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengkritik tindakan baginda membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 menerusi laman Twitter, baru-baru ini.
Sultan Ibrahim bertitah tindakan Mohammad Nizar itu juga merupakan satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor dan baginda berharap Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang itu sedar mengenai kesilapannya.
"Baru-baru ini ada pemimpin politik yang secara terang-terangan mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Adakah dia lupa tentang adab Melayu atau sememangnya dia seorang yang jahil dan
cetek akalnya
Sultan Ibrahim bertitah tindakan Mohammad Nizar itu juga merupakan satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor dan baginda berharap Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang itu sedar mengenai kesilapannya.
"Baru-baru ini ada pemimpin politik yang secara terang-terangan mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Adakah dia lupa tentang adab Melayu atau sememangnya dia seorang yang jahil dan
cetek akalnya
"Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar.
Bukankah berdiam diri itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik? Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya, janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati," titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12, di Kota Iskandar, di sini, hari ini.
Sultan Ibrahim bertitah setiap tindakan yang baginda lakukan adalah mengikut cara dan jalan yang betul dan baginda berharap setiap kebajikan yang baginda lakukan tidak perlu diperbesarkan.
Sehubungan itu, baginda turut mengingatkan semua wakil rakyat dan pemimpin masyarakat supaya menjaga adab dan tingkah laku serta berhati-hati apabila membuat sesuatu kenyataan selaras dengan kata pepatah "cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar".
"Saya harap dia (Mohammad Nizar) sedar siapa diri dia dan kesilapan yang telah dibuat. Jika dia hendak minta maaf, mintalah maaf kepada semua rakyat Johor dan bukannya kepada saya seorang sahaja. Pepatah Melayu sering mengingatkan " terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya," titah baginda sambil mengucapkan terima kasih kepada anggota gabungan badan bukan kerajaan dan seluruh rakyat Johor yang memberi sokongan serta menyembah ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi.
Sementara itu, Sultan Johor bertitah baginda bersyukur kerana seluruh rakyat di negeri ini mengecapi hidup dalam suasana yang aman dan menikmati kesejahteraan yang lebih baik hasil daripada pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan berterusan.
Baginda bertitah, Johor mencapai pelaburan lebih RM2 bilion dalam suku pertama tahun ini manakala Iskandar Malaysia pula merekodkan pelaburan komited terkumpul berjumlah RM87.56 bilion untuk tempoh tahun 2006 sehingga Mac lepas.
"Lebih 30 peratus daripada nilai projek permulaan di seluruh negara yang dilaburkan di negeri ini membolehkan Johor menceburi bidang baru iaitu minyak dan gas yang sekaligus akan menjadi penjana ekonomi utama di selatan negeri ini.
Oleh itu, kerajaan perlu memastikan rakyat dilengkapi dengan kemahiran di semua peringkat termasuk profesional, teknikal dan vokasional untuk membolehkan mereka menjadi tenaga kerja di bidang-bidang baru ini," titah baginda.
Sultan Ibrahim dalam pada itu turut mengingatkan semua pihak supaya terus mengekalkan perpaduan memandangkan ada sesetengah pihak yang berusaha untuk menggugat perpaduan rakyat demi kepentingan politik yang sempit.
Sultan Johor bertitah pihak berkenaan sanggup menabur fitnah dan menghasut rakyat untuk membenci raja serta membangkitkan isu sensitif kaum dan agama dengan tujuan untuk menimbulkan kebencian dan menghancurkan keamanan dan kemakmuran negara.
"Ingatlah bahawa perpaduan merupakan asas wujudnya negara ini dan kemajuan yang kita peroleh adalah hasil daripada perpaduan yang wujud sejak dulu lagi. Namun begitu, saya percaya rakyat Johor bukanlah masyarakat yang mudah terpedaya dengan tipu helah "musang yang berbulu ayam" ini," titahnya. - Bernama
DS Nizar mohon mengadap
17 comments:
Aku doakan biar Pakatan Rakyat merampas negeri Johor dan MB nye dari PAS dan pade masa tu mane tuanku Sultan nak letak muka!!
Kau dengan doa kau..., aku dengan doa aku....
Sultan pro UMNO.
Di penang, ramai sultan. salah satu Sultan Nasi kandar penang road.
PAKATAN tidak dapat ambil Johor pun tidak mengapa. Johor adalah salah satu negeri miskin di malaysia. Menyusahkan PAKATAN.
PARLIMEN di johor biar PAKATAN ambil semua dan tinggal DUN sahaja.
kalau PAKATAN dapat memrintah Johor pun tentu tyidak mendapat restu Baginda. Sama seperti PERAK.
WWW1 hanya utk plat kereta... Tiap kereta ada nombor plat dari WWW1 - WWW9999...
Masalahnya, sbb nilai WWW1 dah makan harga setengah juta RM, dan Tunku Sultan Johorlah yg dah menang utk bida nombor tu, itu isunya... rakyat Johor tau apa...
YB Nizar hanya sentuh sikit aje... Awatlah guna duit stengah juta hanya utk WWW1..?? Takkan membazir namanya.... membazir tu Nabi kata shbt setan Tunku... Takkan nak murka kut...sbb kalau ikut setan, Allah lagi murka....
Kata-kata hikmat Hisham Rais: Rajagobal Makan tanggung berak cangkung!
Betul kata-kata hikmat Sham Rais: Rajagobal makan tanggung berak cangkung!
TUANKU SULTAN NI DAH DENGAR SEBELAH PIHAK...!!!BE FAIR LA TUANKU!!
sultan umno yahoooo !
dari kec il aku memang tak suka sultan buat habis harta rakyat je
Sultan johor murka?? apa yg dia boleh buat?? nak dakwa atas kes apa? Defamation atau penghinaan? Hina apa? Dia maksum ke sampai tak boleh kritik? Sedangkan Nabi SAW yg maksum lagi mulia sahabat pun komen!
Oi melayu cukuplah, royal family mana2 di dunia pun dah berubah dah open minded. Yg masih kuno melayu jer, raja dianggap mcm mahluk mulia dari angkasa, disembah dicium tangan mcm perangai manusia tak ada agama!
Mudah2an johor dilanda "tsunami" supaya yg bathil digantikan dgn yg haq. Amin
Kepanasan ker? Terasa ker? Oh, kalu dah camtu, elok la check apa dibelanja tu berfaedah ker membazir ke tak, ada setiapa rakyatnya dah diperlaku seadilnya, sebab semuanya akan dihisab oleh Raja segala Raja.... Allah Azza wajalla.
Bhai....
Tolong bagitau orang Johor... itu hutang Kerajaan Negeri sebanyak RM1.8 bilion macam mana mau setel.... hahahaha
C++
CipanTapirTenuk.Blogspot
apa nak kisah sultan nak murka...Kemeurkaan Allah itu adalah yg lebih di takuti...ini sultan patutnya dia tak payah komen..lebih baik berdia diri. Bila bukak mulut mmg sah pro -umno..!!
Tunggu Nizar saman TV3 dan Utusan... biar mahkamah yang menentukannya... insyaAllah kita boleh tengok puak gerombolan minum sup gigi palsu.
Kalau nak dihadap ke mahkamah atas akta hasutan rasanya jadi macam kes Mat Sabulah nampaknya.... merayu-rayu pendakwa minta tarik balik tuduhan.
Biarkan tuanku murka itu hak dia sebagai rakyat malaysia nanti kalau dah jadi raja macam di Indonesia baru lah tau langit itu tinggi atau rendah , insyaAllah jika dia marah pun rakyat dok macam tu juga dia hanya boleh buka mulut semasa merasmi acara saja .
Ooooiiii....tak takut kee...sultan dah murka.....nanti ditimpa bala,,, nayaaaaaa......ish!ish!ish!
Melayu niii masih kuat pegangannya pada adat....yg diwarisi dari nenek moyang zaman jahiliah dahulu....percaya kpd dewa dan anggap raja mcm dewa malah keturunan dewa2 yg tak boleh di sentuh..ditegur....lebih maksum dari para Nabi.......adapun Melayu ni adalah mrk yg kuranglah pegangan agamanya.......
Ini semua puncanya dari puak-puak perangai macam Haman. Lain yang dikata, lain yang dicerita.
Post a Comment