29 July 2012

Abby Abadi berhak dengan pandangan politik dan agamanya ...

SHAH ALAM, 29 Julai — Abby Abadi berhak dengan pandangan politik dan agamanya, akan tetapi apa yang paling penting adalah setiap individu yang telah layak mengundi, mendaftar sebagai pengundi dan mengundi dalam pilihan raya akan dating, kata peragawati, pelakon dan pengacara TV terkenal Dahlia Daphne Elanor M Iking.
“Selebriti juga adalah rakyat.”
“Dia (Abby Abadi) berhak untuk mempunyai pandangan politik dan agamanya,” kata Daphne kepada The Malaysian Insider melalui kiriman SMS semalam.

“Apa yang boleh saya katakan adalah, sesiapa yang layak mengundi, pergi mendaftar sebagai pengundi dan gunakan hak untuk mengundi dalam pilihan raya akan datang.

“Satu undi memberi banyak perbezaan.”


Baru-baru ini Abby Abadi menggemparkan dunia selebriti apabila memberikan kenyataan kepada bahawa beliau hanya akan kembali berkarya selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) ditumbangkan dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 kerana beliau lebih yakin dengan PAS yang menurutnya akan memerintah dengan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Kenyataan Abby Abadi itu mendapat respons dari artis dan golongan seniman yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan kenyataan beliau.

Menurut Daphne lagi, setiap artis atau selebriti mempunyai kecendrungan politik masing-masing dan menyokong parti-parti politik tertentu, atau ahli-ahli politik tertentu.

“Ada selebriti yang menyembunyikan sokongan politik mereka. Ada juga yang memberikan sokongan terbuka.

“Selebriti juga adalah rakyat dan mempunyai pandangan tentang apa yang mereka mahukan ada pada kerajaan dan pemimpin.

“Jika selebriti mahu bersuara lebih lantang, baik untuk mereka kerana bersikap berani,” katanya.

Walaubagaimanapun, Daphne tidak merasakan artis dan selebriti mampu memberikan impak besar dalam mempengaruhi keputusan pilihan raya umum ke-13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Oleh Amin Iskandar - Malaysian Insider

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive