Anwar_Ibrahim
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM - Orang ramai khususnya pembaca laporan atas talian melihat perkembangan terbaru susulan laporan blog pro-Umno, menyentuh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari perspektif yang berbeza dengan pengikut Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) masing-masing memperlihatkan pendirian sendiri – ada yang menerima dan ada yang mengecam teruk.


Ada yang menganggap perkembangan terbaru, yang didedahkan lewat malam tadi sebagai satu lagi konspirasi BN khususnya Umno dalam mengekang pergerakan politik Anwar.


Sebaliknya, pengikut BN melahirkan pendirian sebaliknya.


K-run Ariffin, antara pembaca yang awal memberi reaksi sebaik sahaja Sinar Harian Online membawa laporan ini awal pagi tadi berkata, "buh laa liwat berapa kali punn...orang tidak percaya kat Umno/BN dahhh."


Aman Hakim pula menasihatkan pihak yang hendak menghasilkan konspirasi agar menggunakan cara atau pendekatan lain atau yang inovatif, bukannya mengulangi taktik yang sama.


Dia dilihat merujuk kepada kes liwat pertama dan kedua melibatkan Anwar. Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal tahun ini.


"Cubalah buat filem lain pulak... DSAI ada 'imune spiderman' ke, DSAI boleh jadi 'vampire' macam Edward Cullen ke, DSAI the movie versi 3D ke... ini skrip yag sama je.. naik bosan dah. Makin merepek… mana la nak box office gini."


Bagaimanapun pembaca bernama Muhammad Zulhairi Fetani berkata, "walau apa pun yang terjadi, si bebal dan si lembab akan tetap beriman dengan kesucian Anwar Ibrahim."


Pembaca bernama Bob mengambil sikap berkecuali sambil berkata, "ketawakan saja dengan negara Malaysia ini."


Dengan nada sindir, pembaca bernama Fzymeli Md Isa menulis, "kalau buat skrip DSAI jadi Ultraman kan bagus, tak pun kalau meluat sangat kat dia buat skrip jadi hantu mak limah."


Mungkar Nakir pula berkata, "menyampah politik tak sihat dah hilang akal mampus."


Suhaimi Idris menganggap "apa saja datang daripada papabongok adalah "bongok" sebagaimana keadaannya."


Seorang lagi pembaca, Othman Mohd tidak dapat menerima laporan terbaru ini.


Dia berkata, "tak ada orang nak caya (percaya) dohhh puak Umno niiii.. p aih cherohh duk bohonh gitu laa... ingat Tuhan tu maha kaya... Umno pasti berkuburrrr...insya-ALLAH."


Muhd Nurikhwan Abdullah menulis, "abaikan saja berita macam ini. Tidak tau lagi kebenarannya... benar atau bohong kita tidak layak nak jadi hakim... sila abaikan sahaja khabar angin ini. Bulan Ramadan nak tiba."


Rafka Danial berpendapat bahawa "buat la apa-apa pun kat individu bernama Anwar..., yang pasti rejim BN mesti dihapuskan di muka bumi Malaysia."


Seterik Farick mengambil pendirian berkecuali dengan berkata, "betul atau tidak mahkamah akan tentukan. Yang untungnya BN sebab ketua pembangkang itu akan terus terikat di pintu mahkamah. Kuranglah masanya nak berkempen."



Liwat: Blog pro-Umno dakwa pelajar buat laporan, orang Anwar kata ‘konspirasi III’

SHAH ALAM – Kira-kira 10 hari selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan penghakiman bertulis membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kes liwat, sebuah blog yang pro-Umno mendakwa satu laporan polis telah dibuat kononnya beliau meliwat seorang penuntut institut pengajian tinggi utara Semenanjung.
Sementara blog itu membawa laporan ini sejam sebelum tengah malam tadi, penyokong dan pegawai-pegawai Anwar dari PKR melihat ia sebagai konspirasi terbaru dan usaha terdesak pihak Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk terus menyerang Anwar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Mesej mengecam laporan itu turut dibuat menerusi Twitter dan Facebook.
Anwar telah dibebaskan daripada kes meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan awal Januari lalu. Susulan penghakiman bertulis itu, Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan dengan mengetengahkan sembilan alasan pada minggu lalu.
Saiful membuat laporan polis dia diliwat akhir Jun 2008.
Blog Papagomo menulis, dia mendapat maklumat ada satu laporan polis telah dibuat petang semalam terhadap Anwar, yang juga Ketua Umum PR dan PKR.
“Gomo baru mendapat maklumat bahawa petang tadi (semalam) ada laporan polis telah dibuat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh seorang mahasiswa dari utara yang menyatakan beliau telah diliwat oleh pemimpin PKR pada malam sebelumnya (kelmarin),” kata pemblog itu.
Bagaimanapun entri blog empat para itu berkata, dia tidak pasti sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya.
“Tidak diketahui sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya, namun yang pasti semua kedutaan dalam Malaysia diminta untuk tidak melindungi Anwar jika beliau bertindak menyembunyikan diri sepertimana kes liwat yang terdahulu,” katanya dilihat merujuk kepada perkembangan ketika kes liwat kedua pada 2008.
Anwar ketika itu mendapatkan perlindungan di Kedutaan Turki atas alasan keselamatannya terancam.
Blog itu sebelum ini pernah menyiarkan beberapa klip rakaman menyentuh Anwar sejak awal tahun lalu.
Laporan blog itu turut membawa gambar dua lelaki berada dalam sebuah kereta polis, salah seorang dipercayai penuntut yang membuat aduan polis.
Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menerusi mesej Twitter menyifatkan perkembangan terbaru ini sebagai “sampah.”
“Ada juga dengar-dengar tapi sampahlah bro (saudara),” kata beliau membalas mesej dua pengikutnya awal pagi ini.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, pesaing politik Anwar menggunakan modus operadi yang sama iaitu satu laporan polis dibuat dan ia akan disusuli dengan siasatan polis sebagaimana disaksikan dalam kes-kes sebelum ini.
Perkembangan terbaru ini jika benar dilihat akan mengganggu tumpuan Anwar, yang baru-baru ini berkata akan bersara jika gagal dalam misi menawan Putrajaya pada PRU13, mengemudi PR menghadapi pilihan raya umum.
“Malah, ia juga sama sebagaimana kita saksikan dalam video yang ditontonkan oleh Datuk K (kepada media awal 2011) untuk menjejaskan imej Datuk Seri Anwar. Malah ,ia muncul beberapa hari selepas Peguam Negara membuat rayuan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah pun dibebaskan.
“Perkara (laporan) ini tidak mengejutkan kami sebab skrip adalah sama dan digunakan oleh musuh-musuh kami untuk pilihan raya umum,” kata Shamsul Iskandar, yang juga seorang peguam.
Beliau menambah, ia akan membawa kesan buruk ke atas BN khususnya Umno selepas beberapa usaha mereka sebelum ini untuk memburukkan imej Anwar ternyata telah gagal.
—Sinar Harian Oline