06 July 2012

Skandal LRT Ampang : Siasat Najib, bukan Rafizi

SAYA amat bimbang kerana pihak polis sedang menyiasat Rafizi Ramli yang telah mendedahkan butir-butir kontrak LRT Ampang. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bakri Zinin telah mengumumkan bahawa perkara ini sedang disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Pihak polis seolah-olah tidak menunjukkan minat dan kepentingan dalam pendedahan ini, suatu tender yang penting yang telah diberikan kepada pembida yang tidak berkelayakan iaitu George Kent yang juga melibatkan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak. Tidak satu pun diantara mereka dipanggil dan disiasat oleh pihak polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mereka lebih berminat untuk mempertahankan OSA, satu undang-undang zalim yang digunakan untuk melindungi mereka yang berkuasa. Mengapa kontrak projek infrastruktur awam dibayar dengan menggunakan wang rakyat yang diletakkan sebagai rahsia negara? Apakah butiran yang didedahkan ini akan menjejaskan keselamatan negara kita?

Ini jelas menunjukkan bahawa siasatan peringkat tinggi pihak polis terhadap Rafizi adalah bertujuan untuk melindungi PM dan untuk menakut-nakutkan serta mengganggu Rafizi.

Rafizi telah mendedahkan penyelewengan dana. Beliau sepatutnya dipuji dan bukannya ditindas.

Kenyataan Bakri Zinin jelas menyatakan beliau berat sebelah dalam memihak kepada Najib & Barisan Nasional (BN). Pihak polis telah gagal untuk mengekalkan kebebasan mereka dan mengkhianati kepercayaan orang ramai.

Jika pihak Polis mahu memulihkan kredibiliti mereka, hentikan usaha menakutkan dgn siasatan OSA terhadap Rafizi sebaliknya menyiasat peranan Najib sebagai suspek dalam kontrak pembinaan tambahan LRT laluan Ampang.


Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

source: http://milosuam.blogspot.com/2012/07/skandal-lrt-ampang-siasat-najib-bukan.html#ixzz1zpgXDXET

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive