11 August 2012

Abby Abadi akan saman Utusan

Tindakan Abby Abadi yang melahirkan rasa tidak berpuas hati terhadap penulisan salah seorang wartawan akhbar Utusan Malaysia telah diluahkan menerusi laman Twitter miliknya sehingga mendapat perhatian beberapa blogger Hiburan dan Politik.
alt 

Malah ramai blogger telah membuat spekulasi yang mendakwa Abby bakal mengambil tindakan saman terhadap akhbar berkenaan berdasarkan tulisan beliau yang bakal 'membuat sesuatu' terhadap penulisan wartawan tersebut.

Abby Abadi mendakwa penulisan yang dikeluarkan akhbar itu seolah-olah memperlihatkan rasa benci wartawan terbabit terhadap dirInya lantaran dengan mudah mengiyakan kesemua spekulasi buruk yang menjadi faktor pendorong beliau menyertai PAS.

Abby yang telah bertudung setelah mengerjakan umrah yang lalu dikejutkan dengan langkah drastik beliau menyertai PAS dan seterusnya melakukan serangan terhadap Kerajaan Pusat menerusi ceramah-ceramah beliau.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive