Di hari ketiga bulan Syawal yang mulia ini, Norish Karman tampil menerusi Utusan Malaysia untuk membuat pengakuan tentang bayi di dalam gambar yang pernah tersebar suatu ketika dahulu. Menurut Norish, itu adalah anaknya yang diberi nama Muhammad Haq Lutfie Alexander. Haq telah dilahirkan pada 24 September 2011 di sebuah hospital swasta di Subang Jaya menerusi kaedah pembedahan.
Norish Karman berkata:-
Awalnya saya runsing bagaimana hendak memberitahu tentang kelahiran Haq kepada peminat-peminat dan media. Rupanya inilah masanya di mana saya diberi peluang untuk tidak berselindung lagi. Sebelum saya menjadi sangat ‘sakit’ sebab rahsiakan kehadiran Haq, tetapi selepas ia tersebar di Internet, saya tiba-tiba jadi lega kerana tidak apa yang perlu disembunyikan lagi. Bagaimanapun cerita-cerita yang direka, ditokok dan tambah tanpa si penulis tahu apa di sebalik kelahiran itu membuatkan saya sedih.
Menurut Norish, Haq adalah anak kandungnya. Kata Norish:-
Haq anak saya. Saya yang mengandungkannya selama lebih sembilan bulan dalam perut ini. Ini anak saya, hidup mati saya. Bagaimana ia boleh hadir, itu urusan antara saya, keluarga dan Allah kerana saya tidak mahu mengenang lagi perkara yang sudah lepas.
Diharap dengan penerangan secara jujur dan ikhlas daripada Norish Karman ini dapat memberikan kita semua penjelasan tentang kisahnya yang tersebar sebelum ini. Kepada Norish, tabahkan diri ketika membesarkan anak-anak anda. Semoga cepat-cepat bertemu jodoh dengan lelaki yang mampu menjaga mereka.[sumber]
1 comment:
ziarah sahabat... mohon jasa baik tuan utk pautkan juga blog saya... Sokongan tuan amat saya hargai... tq
Post a Comment