Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata ahli perniagaan itu ialah Jaafar Shaari, 50, alamat terakhir di No 3, Jalan P11 K/12, Presint 11, Putrajaya dan anaknya Ahmad Jiwari @ Wari, 23, alamat terakhir di Lot 141, Kampung Pedas Hilir, Jalan Kundur, Pedas, Negeri Sembilan.
Difahamkan kejadian kira-kira jam 2 pagi itu berlaku selepas mangsa Azhari Sidek, 44, mengambil sebuah meja usang ditinggalkan di kaki lima tempat kejadian sebelum diletakkan berhampiran gerai miliknya.
Bagaimanapun, tindakan mangsa itu tidak disenangi seorang lelaki dikatakan menjalankan perniagaan di kawasan sama yang mendakwa meja berkenaan miliknya hingga berlaku pergaduhan.
Menurut adik angkat mangsa yang enggan mahu dikenali, lelaki terbabit memanggil beberapa rakannya untuk membelasah abangnya akibat rasa tidak puas hati itu.
Sementara itu, Tun Hisan berkata, seorang suspek lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan kes rogol dan bunuh seorang pekerja kilang perempuan berusia 19 tahun di sebuah unit flat di Jalan Taming 2, Taming Jaya dekat Balakong Isnin lalu.
Beliau berkata, suspek berusia 26 tahun yang ada ikatan kekeluargaan dengan mangsa ditahan pada jam 2 petang berdekatan Jalan Semenyih, Kajang, semalam.
"Siasatan mendapati suspek bekerja di kilang yang sama dengan mangsa," katanya.
Dalam kejadian Isnin lalu, mayat Sabturiah Faisal, 19, yang berasal dari Kampung Merotai Besar dekat Tawau, Sabah dijumpai dalam keadaan terlentang di dalam bilik tidurnya oleh abang ipar mangsa pada jam 7 malam.
Mengikut laporan media, polis yang menyiasat mayat mangsa mendapati ada kesan lebam pada leher, perut, dan tangan kanan anak ketujuh daripada 12 beradik itu.
Difahamkan, polis turut menemui kesan tompokan air mani di bilik mangsa dan mengesyaki gadis itu menjadi mangsa rogol oleh individu yang dikenalinya. - BERNAMA
# menyorok - sembunyi
MS : Pada sesiapa yang tahu mana dua beranak ni dok menyorok, harap dapat hubungi balai polis berhampiran.
(Gua pun Jaafar, umur pun lebih kurang la .... tapi bukan Datuk Seri la.... hahahahaha)
2 comments:
org yg berlagak baik .. mcm ni la .. post pasal org guna ayat mcm awk tu baik sgt . pity of u .. polis msih belom menjatuhkan hukuman apatah lagi mahkamah , ini mksdnye dye blom terbukti bersalah .. jangan judge seolah2 kamu tuhan yg tahu apa terjadi sebenarnye
Pandai pulak hormat kputusan mahlamah.. anwar punye kes, bila mahkamah dh putuskan tak bersalah, byk pulak pi persoal...
Post a Comment