Oleh: anaabdullah
Saya hendak cerita sikit pasal janji perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada rakyat mengenai bayaran royalty minyak kepada kerajaan umno/BN Terengganu.
Janji tersebut dibuat didepan Datuk Seri Ahmad Said dan puluhan ribu penyokong umno/BN dalam suatu majlis bersama rakyat tidak lama dahulu.
Najib berjanji akan membayar royalty minyak yang ditarik balik semasa PAS memerintah negeri kaya rakyat miskin itu.
Sehingga hari ini pembayaran yang dijanjikan itu belum dikotakan, sebalik janji pembayaran itu dibuat menerusi tuntutan kerajaan negeri pada dana khas persekutuan.
Ada projek yang dilaksanakan oleh kerajaan Terengganu baru mendapat pembayaran..Bermakna janji hendak bayar royalty dimasukkan dalam akaun kerajaan yang disatukan sampai hari belum dikotakan.
Sebab itu projek di Terengganu gila gila. Bayangkan satu jambatan sungai Nerus berharga RM 210 juta. Sebatang jalan Jeram teluk Pasu sepanjang 5.6 kilo meter berharga RM 250 juta.
Oleh itu, apalah sangat dengan sepucuk surat daripada Najib yang dihantar kepada Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.
Kita diberitahu menteri besar Kelantan, Perdana Menteri telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan.
Sesungguhnya negeri Terengganu yang diperintah umno/BN setakat hari ini belum dikotai lagi, adalah musathil Kelantan yang diperintah PAS diutamakan.
Amat tak munasabah ia dilaksanakan. Lebih lebih lagi kes ini berada di mahkamah yang barangkali menjadi sangat sukar untuk diselesaikan sepertimana yang berlaku pada kerajaan umno/BN Terengganu.
Tiada sebab perdana menteri Najib tidak tepati janji sepertimana slogan “janji ditepati” kepada kerajaan Terengganu. Sedangkan janji itu dibuat didepan puluhan ribu rakyat Terengganu yang dia akan bayaran wang royalti minyak kepada kerajaan yang dioterajui Ahmad Said.
Inikan pula hanya sepucuk surat yang meminta Datuk Nik Aziz hantar wakil hadir dalam jawatankuasa khas bincang pembayaran royalty minyak kepada kerajaan Kelantan.
Mudah pulak, sedangkan Mustafa Mohammad kata payah kerana Negara punya undang undang dan peraturan yang mesti dipatuhi.
Pada saya, yang buat pembayaran royalty minyak kepada negeri negeri terbabit bukan kerajaan pusat tetapi pihak petronas sendiri.
Kerajaan pusat tak ada kena mengena, kecuali wang royalty dimasukkan dalam akaun Dana khas persekutuan dan dibayar dalam bentuk wang ehsan.
Tetapi kita kena ingat, kerajaan ada kuasa untuk menyekat melalui tuntutan yang dibuat oleh UMNO negeri atau seseorang menteri cabinet sepertimana yang dinyatakan oleh Datuk Nik Aziz, orang yang menyekat royalty minyak Kelantan ialah Datuk seri Mustafa Mohammad. " - tranungkite
No comments:
Post a Comment