20 August 2012

Mahathir lah yang mempersendakan hukum Islam (hudud) itu secara terang-terangan

20 OGOS — Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataan terakhir beliau meminta supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan bercantum dengan Umno untuk melaksanakan hukum hudud bersama-sama.

Pandangan terakhir Dr Mahathir yang sentiasa berubah mengikut keadaan itu, merupakan satu pandangan yang sangat susah bagi sesiapa yang berfikiran tenang dan baik untuk mempercayainya.

Dr Mahathir begitu jelas sebagai penentang hukum  dan beliau pernah berkata pada suatu ketika dahulu yang hudud itu merupakan satu undang-undang yang zalim. Dr Mahathir memberikan alasan yang ada parti dalam Pakatan Rakyat tidak mahukan undang-undang hudud tetapi Dr Mahathir tidak pula mengaku bahawa rakan kongsinya MCA adalah parti yang sesungguhnya menentang hudud dengan keras dan lantang.

Tidak hairanlah jika MCA bersikap begitu kerana ahli-ahli dan pemimpinnya adalah dari kaum bukan Islam
. Tetapi yang lebih malang lagi Umno jugalah yang menyekat perlaksanaan hudud itu dan Dr Mahathir tidak setuju dengan “enactment” tentang hudud yang di luluskan oleh DUN Kelantan pada tahun 1991 dahulu. Dr Mahathir ini pelupa orangnya kerana beliaulah yang mempersendakan hukum Islam (hudud) itu secara  terang-terangan ketika dahulu.

Beliau tahu apa-apa hukum sekali pun yang di luuskan oleh dewan Undangan Negeri, ia tidak akan dapat dilaksanakan jika dicegah dan digagalkan oleh Kerajaan Persekutuan. Ajakan Dr Mahathir supaya PAS menyertai Umno dan melaksanakan hukum hudud bersama-sama itu merupakan satu helah beliau untuk mencari jalan untuk Umno terus di dalam kuasa.

Tidak dapat di sangkal lagi PAS dan DAP jika kekal kerjasama sama mereka, Umno sudah hampir terlalu pasti akan sampai kepenghujung nyawanya dan akan hanya wujud dalam sejarah sahaja. Umno hanya menunggu pilihanraya sahaja untuk di sahkan secara resmi sebagai parti yang pada hakikatnya sudah tidak diterima rakyat lagi.

Saya selalu berkata perpaduan rakyat akan hanya terjadi jika mereka (rakyat) bersatu di luar Barisan Nasional. Seperti ilmu matametik, formula sangat penting untuk mencari jawapan yang betul. Formulanya ialah bersatu di luar BN dan seruan ini adalah untuk semua rakyat yang pada hakikatnya benar-benar inginkan perpaduan itu.

Jika benar Umno mahukan perpaduan itu, parti itu sebaliknya keluar BN dan menjadi rakan kongsi yang “junior” dalam Pakatan Rakyat dan menjadi pengikut pula kerana Umno sudah tidak lagi mempunyai kekuatan untuk menjadi pemimpin. Lagi pula, di Semenanjung ini BN akan hanya mempunyai satu komponen sahaja, iaitu Umno itu sendiri.

Sekarang Umno terpaksa memberikan peruntukan kerusi kepada parti-parti yang sudah hampir pasti tidak akan menang dihati rakyat lagi seperti MCA, Gerakan, MIC dan PPP. Malahan parti-parti komponen dalam BN itu hanya memberikan bebanan yang sangat berat kepada Umno yang sudah tersedia dengan bebanannya sendiri yang sangat berat.

Bagi saya, angan-angan Dr Mahathir itu adalah seperti “pungguk rindukan bulan” kerana jika Dr Mahathir sendiri atau pimpinan tertinggi Umno yang ada sekarang ini mahu melakukan “negotiation” untuk percantuman ini, ia tidak akan berjaya. Umno tidak ada “magnanimity” langsung termasuk Dr Mahathir itu sendiri untuk melakukannya.

“Dr Mahathir is a very good servant but a very bad master,” kata seorang pemimpin Umno suatu masa dahulu. Beliau telah gagal untuk menjadi negarawan kerana baliau masih menjadi “activist” parti Umno dan tidak mempunyai sifat negarawan yang sejati.

Dr Mahathir tidak ada “cut” untuk digelar sebagai negarawan kerana beliau memihak kepada pimpinan yang rakus dengan rasuah dan beliau tidak merasa bersalah langsung mewarisi  sifat rasuah kepada pimpinan-pimpinan selepas beliau.

Jika kita singkap sejarah yang masih terlalu baru, beliau tidak merasa bersalah kerana membantu menjatuhkan kekuatan Umno apabila keluar dari parti itu sebelum pilihanraya yang lalu.

Beliau bertindak keluar kerana mahu menjatuhkan Abdullah Ahmad Badawi yang tidak sebulu dengan beliau. Kerana Abdullah seorang, beliau sanggup melemahkan parti yang beliau tubuhkan sendiri dalam tahun 1998 dahulu.

Dr Mahathir hanya mampu membawa kegelisahan kepada  semua pihak. Beliau hanya berjaya jika semua pihak berpecah belah. Politiknya hanya boleh hidup jika kita semua berpecah belah dan bergaduh di antara satu dengan lain.

Jika PAS dan DAP serta PKR dan bekerjasama pula dengan rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak, insyaalah kita akan bersatu dengan lebih mudah lagi.

Selagi Umno, lebih-lebih lagi Dr Mahathir di berikan tanggungjawab untuk menyatukan rakyat, perpaduan tidak akan tercapai. Umno nampaknya menunjukan penyesalannya setelah nasi menjadi bubur.

Umno hanya menyesal setelah berada dalam gaung yang dalam. Umno tidak boleh bangun lagi  PAS tidak perlu menghiraukan ajakan Dr Mahathir itu. Usaha penyatuan yang PAS dengan rakan-rakannya sedang lakukan sekarang sudah terlalu hampir untuk mendapat kejayaan. Jangan dirosakkan lagi.

Percayalah. — aspanaliasnet.blogspot.com


1 comment:

Mat keluang said...

Mahathir kata hukum hudud itu ciptaan Ulama Fekah Islam dan bukan dari Allah.
Lihat uapannya di University Utara dan tulisan dalam lognya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive