29 August 2012

Mahkamah perlu dipersalahkan kerana perogol bawah umur bebas, - Datuk Zaid Ibrahim

August 29, 2012


KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Datuk Zaid Ibrahim 
hari ini menyalahkan Mahkamah Rayuan kerana membiarkan seorang lagi perogol remaja bawah umur bebas dari penjara, dengan berkata mahakamah telah melepaskan tanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak.


Bekas menteri ‘de facto’ undang-undang itu merujuk kepada dua kes mahkamah membebaskan dua orang lelaki yang didapati bersalah mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur dari dihukum mandatori lima tahun penjara minimum serta sebatan dibawah seksyen 376(2) Kanun Keseksaan.

“Saya menyalahkan Mahkamah Rayuan dalam keadaan sebegini di negara ini, dengan menganggap kes rogol bawah umur sebagai kesalahan yang tidak serius,” kata Zaid dalam kenyataannya yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini.

Isu tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai selepas Mahkamah Sesyen membebaskan Chuah Guan Jiu, 22 tahun dengan ikat jamin RM25,000 selama tiga tahun walaupun didapati bersalah merogol kanak-kanak bawah umur di Pulau Pinang tahun lalu.

“Hakim, terutamanya di Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa untuk membuat keputusan berdasarkan budi bicara.

“Sesetengah lagi berdasarkan undang-undang yang sedia ada,” katanya dengan menambah bahawa hakim mempunyai kuasa untuk membebaskan pesalah pertama berdasarkan umur, kelakuan, kesihatan, keadaan mental dan sebagainya.

Undang-undang Malaysia menetapkan bahawa seks di bawah umur 16 tahun dikategorikan kes rogol bawah umur - TMI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive