EVENT ORGANISER

Treasure Hunt - Amazing Hunt ... please call 69Event dot com at 013.2999.666

06 August 2012

Shahrizat lembu buat lawak di Mahkamah petang tadi

Shahrizat tidak perasan suaminya membida projek NFC .... betoi ker tak tau ni?????

August 06, 2012
KUALA LUMPUR, [6 Ogos 2012]— Bekas menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil mengatakan beliau tidak perasan suaminya membida untuk mendapatkan projek untuk menguruskan penternakan lembu negara melalui Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan tidak membantu keluarganya untuk mendapatkan projek tersebut.
“Saya boleh mengesahkan bahawa anak-anak atau suami saya tidak meminta bantuan dalam (mendapat) projek,” Shahrizat (gambar) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini ketika memberi keterangan dalam kes saman fitnah beliau terhadap Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin dari PKR dalam skandal NFC.

Shahrizat menambah bahawa keluarganya “lebih mengetahui” daripada mengharapkan bantuan beliau.
“Saya tidak pernah terlibat dalam meluluskan atau menguruskan syarikat,” katanya.
Shahrizat adalah menteri ketika projek tersebut diberikan kepada keluarganya pada tahun 2006. Beliau meletakkan jawatan awal April lalu selepas pertuduhan terhadap keluarganya.
Pembangkang telah menuduh pengarah National Feedlot Corporation (NFCorp) yang menguruskan projek NFC, menyalahgunakan RM250 juta dari pinjaman dari kerajaan pusat untuk penternakan lembu.
NFCorp dimiliki oleh suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan ketiga-tiga anak pasangan tersebut.
Mohamad Salleh dan anak lelaki pasangan itu turut hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Vazeer Alam Mydin merupakan hakim mereka.
Shahrizat yang menyaman Rafizi dan ketua wanita PKR Zuraida, diwakili oleh peguam terkemuka, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah.
Perbicaraan akan bersambung pada pukul 10 pagi Jumaat ini. - TMI

2 comments:

Anonymous said...

masyaalah....ini cerita mcm cerita ahmad albab laaaa....cerita syawal punya biraslah.....apa nama...apa nama.....haaaa...si ramadan dan syaaban.....bini dia tak tahu laki dia buat projek apaaaa...cumer bawak balik wang saja......masyaallah.....akhirnya tahu jugaklah...rupa2nyer ...perompaklah.....hihihihih

Anonymous said...

Said..
masyaalah....ini cerita mcm cerita ahmad albab laaaa....cerita syawal punya biraslah.....apa nama...apa nama.....haaaa...si ramadan dan syaaban.....bini dia tak tahu laki dia buat projek apaaaa...cumer bawak balik wang saja......masyaallah.....akhirnya tahu jugaklah...rupa2nyer ...perompaklah.....hihihihih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive