03 August 2012

Soo Wincci bekas ratu cantik berbangsa Cina mahu melengkapkan puasa 30 hari

..
Bekas ratu cantik, Soo Wincci meluahkan keseronokan kerana percubaannya berpuasa  bukan saja memberi banyak manfaat pada diri malah lebih mengembirakan peminatnya di kalangan berbangsa Melayu juga kini sudah bertambah ramai. Pun begitu penyanyi juga pelakon lebih suka menyatakan yang namanya mula menjadi sebutan sejak muncul sebagai salah seorang dari 16 peserta yang menyertai pertandingan Masterchef Selebriti Malaysia, di saluran Astro baru-baru ini.


"Sudah 4 tahun saya dalam industri, orang tak berapa kenal sebelum ni. Tapi saya akui ramai yang kenali saya sejak Masterchef. Sekarang ni kalau saya pergi mana-mana, bila terserempak dengan mereka yang cam saya, mesti tanya "nak masak apa?", kata Wincci kepada MD ketika ditemui baru-baru ini.

Sementalah impak semakin di kenali ramai atas nama artis bukan melayu itu kian dirasai sejak hari pertama dia berpuasa. Berkongsi pengalaman berpuasa, menurut Winnci, hari pertama memang cukup mencabar baginya dan dalam minggu pertama juga dia tidak berapa sihat.

Namun sokongan ramai terdiri daripada keluarga, teman-teman juga peminat memgembalikan semangatnya. Lantas walaupun bukan beragama Islam dan kali pertama berpuasa, dia berazam mahu melengkapkan selama 30 hari puasa. (Hah, bagi anda tak puasa tanpa sebab kukuh, sila malu dengan diri sendiri). Tambahnya lagi, dia seperti sudah biasa menahan lapar dan dahaga selama lebih kurang 13 jam setiap hari.

Winnci juga memberitahu, pada awalnya dia bimbang dengan tanggapan keluarga akan keputusannya mahu berpuasa, namun tidak menyangka mendapat sokongan penuh apabila ibunya sendiri yang membelikannya sekotak kurma.

"Seronok berpuasa dan berat badan saya juga sudah turun sebanyak 4kg. Tahun lalu saya ada cuba-cuba puasa tapi tak penuh. Tahun ni saya berazam tak mahu tinggal sehari pun. Paling seronok bila waktu berbuka, ramai yang mahu teman saya berbuka. 

Mula-mula saja dulu saya makan dengan banyak sebab lapar. Tapi sekarang setiap kali berbuka saya ambil kurma dengan jus. Kemudian baru makan makanan yang berat. Dan sejak betrpuasa ni ramai juga yang ambil berat tentang saya," ujarnya.

Kalau waktu berbukanya meriah dengan layanan kawan-kawan juga dikalangan teman artis. Waktu sahur juga saat yang mengujakan bagi anak jati Kuala Lumpur ni kerana setiap kali waktu bersahur dia 'ditemani' peminat-peminat.

"Kebiasaannya saya bersahur seorang. Saya bangun jam 5 pagi. Kalau saya berada di Taiwan saya akan bangun jam 3.20 pagi. Dan setiap kali nak makan saya akan tweet kepada peminat sebagai bukti yang saya bersahur dan berpuasa. Ramai beri respon dan saya sangat menghargai. Kalau siang hari bila saya terasa lapar, saya akan tengok Twitter baca mesej-mesej peminat yang memberi semangat supaya saya bertahan.

"Seperkara yang saya tak sangka semenjak puasa ni saya banyak dapat peminat lelaki berbangsa Melayu. Mereka ni lucu-lucu juga sebab ada tu yang cakap pada saya, "mahu tak awak mengahwini saya", saya hanya gelak saja bila baca. Dan ramai juga yang tweet saya dalam bahasa Cina. Saya terharu kerana mereka sanggup belajar bahasa Cina semata-mata nak berkomunikasi dengan saya. Jadi sekarang di Twitter saya ada tiga bahasa, Melayu, Inggeris dan Mandarin, kongsi pelakon ini yang baru saja selesai menjalani penggambaran telemovie raya, Lemang Nan Sebatang.

Dalam perkembangan lain, hujung tahun ini dia akan berangkat ke Taiwan untuk rangka promosi album juga menjalani penggambaran drama di sana.  

- Foto oleh Cipotredz
- mD

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive