19 September 2012

Perpecahan UMporNO Perlis - Pakatan Rakyat bakal tawan Perlis

Umno negeri hampir berpecah dua antara kumpulan Mohd Isa dan Shahidan selepas pilihan raya umum 2008.


PETALING JAYA: Perlis bakal terlepas ke tangan pembangkang jika kemelut dalaman kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Mohd Isa Sabu gagal diselesaikan menjelang pilihan raya umum ke 13.

Umno negeri hampir berpecah dua antara kumpulan Mohd Isa dan Shahidan selepas pilihan raya umum 2008.
Sebahagian besar calon pilihan Shahidan digugurkan dan ramai muka baru diketengahkan. Shahidan yang menjadi Menteri Besar sejak tahun 1990 digantikan dengan Mohd Isa.


Beberapa pemimpin Umno negeri terutama dari kumpulan Shahidan telah berulang kali menyatakan kebimbangan ini.

Kini kedua-dua kumpulan sedang merebut `ehsan’ dari Datuk Seri Najib Tun Razak supaya orang mereka dicalonkan bertanding dalam pilihan raya umum ke 13.

Bertemu Najib

Mohd Isa disokong  dua orang bekas menteri iaitu Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan Datuk Azmi Khalid, manakala Shahidan disokong oleh Ketua Bahagian Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin dan bekas Ketua Penerangan negeri, Datuk Hashim Suboh.

“Kumpulan Sahidan menemui Najib di Putrajaya dua minggu selepas hari raya, manakala kumpulan Mohd Isa beberapa hari kemudian.

“Masing-masing mengatakan mereka yang terbaik. Terpulang kepada Najib untuk memilih mana yang terbaik,” kata seorang pemimpin Umno negeri.

Manakala PAS negeri telah menyelesaikan pemilihan calonnya manakala pembahagian kerusi antara komponen Pakatan Rakyat juga telah selesai.

Parti itu mendakwa perpecahan Umno disedari  bukan sahaja Najib tetapi timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang terpaksa  datang beberapa kali ke Perlis.

PAS kini menguasai dua kerui negeri iaitu Simpang Empat dan Sanglang tetapi BN menang 13 kerusi -FMT

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive