EVENT ORGANISER

Treasure Hunt - Amazing Hunt ... please call 69Event dot com at 013.2999.666 012.3449.888

14 September 2012

[Gambar] Putera William & Kate Middleton lawat Masjid Asy Syakirin & Taman KLCC


Oleh: Adie Zhafran & Zul Danish
Sekitar jam 10.00 pagi tadi, pasangan diraja Britain Putera William & Kate Middleton membuat kemunculan & sempat turun padang melawat serta beramah mesra bersama hadirin.
Kehadiran pasangan ini dimulakan dengan lawatan ringkas ke masjid As-Syakirin sebelum bergerak ke Taman Rekreasi KLCC untuk bertemu orang ramai yang sedia menunggu.
Seawal jam 8.00 pagi lagi, rakyat Malaysia yang ingin bertemu & melihat secara dekat pasangan diraja ini mula berkumpul di Taman Rekreasi KLCC. Dianggarkan lebih kurang 7000 orang menyertai pertemuan pada pagi ini.
Selain beramah mesra bersama rakyat Malaysia, pasangan diraja ini juga turut disajikan dengan persembahan kebudayaan yang telah dirancang rapi. Kami juga turut berasa teruja melihat sambutan yang begitu hangat oleh rakyat Malaysia ketika kemunculan pasangan diraja ini.
Pasangan diraja ini akan berlepas ke Kepulauan Borneo petang ini. Berikut disertakan sisipan gambar buat tatapan anda dari jurufoto terbaru kami Zul Danish. Enjoice! - Rotikaya

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive