Wonder Girls sopan berbaju kurung
Wonder Girls
COMEL sungguh lima gadis dari kumpulan K-Pop terkenal, Wonder Girls yang memakai baju kurung ketika membuat persembahan di konsert mereka di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dengan imej sopan sebegitu, mereka langsung tidak kekok menari menghiburkan peminat.

Ramai peminat memuji kumpulan dari Korea Selatan ini kerana pandai membawa diri dan menghormati budaya masyarakat di sini.

Jika artis antarabangsa boleh mengikut garis panduan berpakaian ketika membuat persembahan di Malaysia, mengapa tidak artis kita?

Malah, kebelakangan ini artis tempatan seolah-olah berlumba-lumba untuk tampil seksi di majlis anugerah.

Mungkin selepas ini, penganjuran mana-mana majlis anugerah boleh mengangkat baju kurung sebagai tema pakaian. Pasti ramai artis kita yang tampil sopan dan sejuk mata memandang.