17 October 2012

Pak Lah, Najib hampa kena jawab mana pi RM207 bilion pampasan buruh paksa yang Jepun bayaq?

Duit orang mati pun depa belasah .... hampa nak percaya lagi ke pada umno/BN dan orang - orang nya.?

Memang kerja Haramjadah kalau sampai macam ni ....


Oleh: MSK

×

Pada 1 September 2012 yang lalu, Utusan Malasyia menyiarkan satu artikel tentang penderitaan Pak Embong, yang pernah menjadi buruh paksa semasa pemerintahan Jepun dulu. (disini)
Apa tujuan Utusan menyiarkan artikel tersebut?
Utusan mungkin tidak mahu membongkar cerita ini kerana ia melibatkan Umno, melainkan hanya memberitahu secara lembut supaya Najib dapat bertindak sesuatu. Diantara ayat yang digunakan oleh Utusan ialah,
“Jelas Mariam, sepanjang pengetahuannya, lelaki itu juga kerap berulang-alik ke Kota Bharu, Kelantan ketika masih sihat kerana aktif sebagai ahli Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam ke Burma 1942-1946 Malaysia.
“Ayah pernah mengeluh kepada saya dulu. Walaupun kerap kali menghadiri mesyuarat, namun, dia masih belum sempat merasa wang pampasan yang dijanjikan oleh pihak yang berkenaan.
“Ayah cakap, kalau dapat duit tu, kami tak akan hidup susah lagi,” katanya di akhir perbualan kami.”
Apa cerita sebenar yang berlaku?
Semasa pemerintahan Jepun dulu, sekitar 72,000 rakyat negara ini telah dikerah untuk membina landasan keretapi sepanjang 415 kilometer dari Stesen Tha Rua Noi ke Stesen Thanbyuzayaty. Dari sejumlah itu, hanya kira-kira 30,000 orang berjaya kembali kenegara ini manakala selebihnya mati atau hilang.
Selain daripada rakyat Malaya pada masa itu, buruh-buruh paksa juga dibawa dari Indonesia, Vietnam dan Filipina.
Sejak tahun 1990an, beberapa usaha telah dibuat dinegara-negara ini untuk mendapat pampasan dari Kerajaan Jepun. Terdapat juga usaha dari Malaysia untuk mendapatkan pampasan tersebut tetapi tidak jelas siapakah yang melakukan inisiatif tersebut.
Beberapa orang bekas buruh paksa dari Terengganu telah memulakan inisiatif untuk menuntut pampasan dari Kerajaan Jepun dan sekitar Disember 2005, Kerajaan Jepun telah menjemput wakil persatuan untuk berbincang di Narita, Jepun.
Apa yang mengejutkan ialah, Kerajaan Jepun telahpun membayar pampasan kepada Kerajaan Malaysia sejumlah RM207 billion. Tetapi kemanakah wang tersebut disalurkan?
Pelbagai usaha telah dibuat oleh bekas-bekas buruh paksa ini untuk mendapatkan wang pampasan tersebut termasuk lah dengan mengumpulkan maklumat buruh-buruh paksa yang terdapat diseluruh negara. Seramai hampir 30,000 bekas buruh paksa ataupun waris mereka telah menyertai pertubuhan ini sebagai ahli.
Satu persatuan yang diberi nama Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma 1942-1946 ditubuhkan yang mana akhirnya telah berjaya didaftarkan secara rasmi dengan Pendaftaran Pertubuhan pada 11 Januari 2011.
Sejak didaftarkan secara rasmi, Ahli Jawatankuasa Persatuan telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari Kerajaan Malaysia, tapi hingga kini masih gagal.
Penngesahan tentang wujudnya sejumlah wang pampasan tersebut dibuktikan dengan satu memo yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia yang bertarikh 29 Mac 2011.

×
Pada 27 Julai 2011, Persatuan telah memohon secara rasmi bayaran wang pampasan tersebut setelah menunggu begitu lama.

×
Sejak dari itu, beberapa urusan surat menyurat diantara persatuan dengan Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Peguam Negara.
Namun, pada 3 Oktober 2011, Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri telah menghantar satu surat kepada Persatuan untuk memberitahu bahawa pengeluaran ang pampasan ini memerlukan proses tertentu kerana kelulusanya melibatkan Dana Khas.
Apakah Dana Khas yang dimaksudkan? Bukankah wang tersebut sudah diberikan oleeh Kerajaan Jepun?
Sekarang sudah setahun perkara ini berlaku tetapi belum ada keputusan dibuat. Apakah wang tersebut sudah digunakan untuk tujuan lain?
Pada 10 Oktober yang lalu, DS Hj. Nizar Jamaludin telah membangkitkan isu ini di Parlimen. Soalan Hj. Nizar itu cukup serius tapi malang, tidak ada akhbar arus perdana yang membangkitkan isu tersebut. Mengapa? Apakah wang tersebut sudah dibelanjakan oleh Kerajaan Umno?
Dalam ucapan Hj. Nizar di Parlimen, Hj. Nizar menyentuh tentang satu memo yang ditulis oleh Gabenor Bank Negara, Zeti Aziz yang juga menyebut tentang wang RM207 billion. Apakah wang yang disebut oleh Zeti ini wang pampasan…atau secara kebetulan?

×
Pak Lah dan Najib kena bagi jawapan. Kita tunggu apakah jawapan dari Umno semasa penggulungan sidang Parlimen nanti.


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/10/15/duit-orang-mati-pun-umno-sapu/

1 comment:

Anonymous said...

mmg tak dinafikan parti syaitan UMNO/BN nie mmg haramjadah......mereka sanggup merompak wang rakyat yg telah menanggung derita yg telah dijadikan buruh paksa pada zaman jepun...jepun pun telah membayar sbg denda ttp perompak nie telah merompak duit tersebut secara senyap....adakah ini pun nak dilindung disebalik OSA.....mmg patut parti syaitan UMNO/BN nie dikuburkan segera.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive