10 October 2012

Rogol pelajar - 50 tahun penjara, 18 sebatan


KUALA LUMPUR 10 Okt. - Seorang penghantar surat hari ini dijatuhkan hukuman penjara berjumlah 50 tahun dan 18 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap dua tuduhan merogol seorang pelajar di kawasan semak di Gombak, dekat sini, pada April tahun lalu.

Hakim Rozianayati Ahmad menjatuhkan hukuman terbabit terhadap Mohd Mazrin Mustafa, 21, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bagi tuduhan pertama, Mohd Nazrin dihukum penjara 25 tahun dan lapan sebatan manakala pertuduhan kedua yang sama dia dihukum penjara 25 tahun dan 10 sebatan.

Hakim memerintahkan hukuman penjara tersebut dijalankan serentak mulai hari ini.



Dalam penghakimannya, Roszianayati berkata, Jabatan Kimia mengesahkan asid deoksiribonukleik (DNA) tertuduh terdapat di dalam kemaluan mangsa dan tiada kecacatan dari segi pengambilan sampel yang dibuat.

Mengikut fakta kes, mangsa yang berusia 15 tahun ketika itu pulang dari sebuah pusat beli belah di Jalan Imbi di sini bersama jirannya menaiki sebuah motosikal apabila ditahan oleh tertuduh yang mendakwa dirinya polis.

Tertuduh kemudian membawa mangsa ke satu kawasan semak sebelum dia dirogol.

Mohd Nazrin didakwa merogol pelajar itu dua kali tanpa kerelaannya, di kawasan semak di Gombak, di antara jam 1.40 pagi hingga jam 4.30 pagi, 3 April 2011.

Bagi kedua-dua tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

"Saya menghadapi tekanan perasaan dan pelajaran terganggu di sekolah. Semua impian dan cita-cita saya dah hancur," kata mangsa ketika memberi keterangan di mahkamah yang dinyatakan menerusi laporan Bernama.

Seramai 15 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan memberui keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Fadzlin Abd Zawawi manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Yusoff Ag. Lah dan Mohd Firdaus Mohd Razi.


Memperdagangkan seorang remaja, Mak dipenjara 2 tahun


PENJARA.....Mak dijatuhkan hukuman penjara dua tahun setengah.

Oleh : CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Akibat tergamak memperdagangkan seorang remaja perempuan warga asing bagi tujuan pelacuran, seorang wanita tempatan berusia 61 tahun dijatuhkan hukuman penjara dua tahun setengah oleh Mahkamah Sesyen di sini kelmarin.

Mak Gonda Ab Rahman dijatuhkan hukuman itu oleh Hakim Caroline Bee Majanil, selepas mengaku bersalah memperdagangkan mangsa berusia 13 tahun bagi maksud eksplotasi, pada 27 September lalu jam 2 petang di sebuah bilik hotel,Jalan Hj Yaakub, Kg Air, di sini.
Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdangan Orang dan Anti Penyeledupan Migram 2007, yang diperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pengadu mengetuai sepasukan anggota polis dari Cawangan D7, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu telah menjalankan pemerhatian di kawasan Kg Air. Semasa pemerhatian, tertuduh sedang memegang tangan mangsa yang berjalan dari perhentian teksi Kg Air.

Pengadu bersama pasukannya kemudian mengekori kedua-duanya dan melihat mereka masuk ke sebuah hotel. Tertuduh dipercayai menghantar mangsa kepada seorang pelanggan. Apabila tertuduh turun ke lobi, pengadu bertindak menahannya.

Hasil soal siasat, tertuduh mengaku mangsa adalah anak kandungnya dan memperdagangkan untuk pelacuran dengan bayaran RM80 hingga RM150 untuk seorang pelanggan. Pengadu bersama pasukan anggota menyerbu bilik terbabit dan telah dibuka oleh seorang lelaki.

Setelah siasatan dijalankan kepada mangsa, mangsa memberitahu tertuduh bukan ibunya. Sebaliknya, dia bekerja dengan tertuduh sebagai pencuci pinggan di Tawau. Mangsa telah dibawa ke ibu kota dan tinggal di sebuah penginapan di Kg Air dan didagangkan bagi tujuan perkhidmatan seks.

Terdahulu, Mak yang mempunyai enam orang anak merayu agar hukumannya diringankan dan mengaku telah melakukan kesilapan serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama. Dia juga menyatakan kepada mahkamah, dia mengalami penyakit asma dan suaminya telah tua.

Timbalan Pendakwaraya Monica Linsua menegaskan hukuman berat harus dijatuhkan demi kepentingan awam dan keseriusan kesalahan yang mengeksploitasi mangsa demi tujuan pelacuran.

“Mahkamah mesti mempertimbangkan fakta, tertuduh telah membawa mangsa ke ibu kota tapi sebaliknya telah dijadikan pelacur. Mangsa mengalami trauma dan takut kepada tertuduh dan ingin kembali kepada ibu bapanya di Tawau,” katanya. (UB)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive