12 December 2012

Artis : Noorkumalasari - Dulu kejar glamor, sekarang berkejar ke masjid ... alhamdulillah


Noorkumalasari: Dulu Kejar Glamor, Sekarang Kejar Masjid
Teks oleh Syafiqah Jalal
Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 10 DISEMBER 2012: Pelakon terkenal era 90-an, Noorkumalasari mengesahkan dirinya tidak lagi mahu berkecimpung dalam dunia hiburan, apatah lagi untuk berlakon semula.

Malah, Noorkumalasari, 56, berkata era kegemilanganya ketika popular menerusi filem Mira Edora dan Adik Manja itu sudah lama berakhir dan bersyukur kerana telah dikurniakan hidayah lebih awal sebelum nyawanya diambil oleh Allah s.w.t


"Sudah lama saya bersara dan tidak teringin untuk kembali berlakon. Bukan kerana sudah puas berlakon tetapi saya rasa bertuah kerana berhijrah pada masa yang tepat. Bayangkanlah, jika saya masih seperti dulu dan Tuhan ambil nyawa saya. Pastinya saya merupakan umat yang paling rugi.
"Cukuplah, dulu berkejar-kejar untuk glamor tetapi sekarang saya berkejar-kejar untuk ke Masjid," katanya kepada murai.com.my yang ditemui sebelum tayangan filem Adik Manja The Returns bermula, kelmarin.
Menurut Noorkumalasari lagi, dia kini lebih selesa dengan kehidupannya sekarang dalam menguruskan rumahtangga bersama suami, Wan Mohd Yusoff, 61 dan tiga putera mereka, Wan Amin Nurrasyid, 20, Wan Amni Nuruddin, 18, dan Wan Irfan Nurul Atiq, 16.
"Saya selesa dengan kehidupan sekarang bersama suami dan anak-anak.
"Masa saya banyak menghabiskan masa di rumah dan masjid untuk menunaikan solat fardhu bersama suami dan anak," luahnya lagi.
Meskipun tidak berlakon di dalam filem sekuel arahan Dharma Harun iaitu Adik Manja The Returns, namun dia memberitahu tetap memberi sokongan kepada rakannya itu.
"Dharma ada menawarkan saya berlakon dalam filem sekual Adik Manja The Returns. Tetapi pelawaan itu saya tolak kerana sudah nekad untuk tidak kembali aktif sebagai pelakon. Namun saya tetap datang dan menyokonnya untuk menghasilkan filem sekuel ini," tambahnya lagi.
Filem Adik Manja The Returns yang turut dibintangi oleh Dharma serta pelakon lain seperti Faezah Elai, Julaian Evans, Jihan Raja Lawak, Rozita Che Wan dan Usop Wilcha akan dan ditayangkan di pawagam pada 20 Disember ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive