12 December 2012

hahahaha 4 kamera AES di Perak 'mampuih'


Empat kamera AES di Perak dirosak
IPOH - Jabatan Pengangkutan Jalan Perak mengesan empat'kejadian vandalisme ke atas kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) daripada tujuh yang dipasang di beberapa lokasi, antara Oktober dan November lepas.
Pengarah JPJ Perak, Ramli Awg Seberang berkata, ia melibatkan kamera yang dipasang di kilometer 205.6 berhampiran Kamunting dan kilometer 373.2 di Slim River, kedua-duanya di Lebuh Raya Utara-Selatan yang disembur cat merah dan dipercayai ditumbangkan.
Beliau berkata, sebuah lagi kamera di Jalan Pasir Putih di sini juga dipercayai ditumbangkan dan sebuah lagi di Sungkai disembur cat hitam.
"Kita kategorikan semua kes ini sebagai kes vandalisme berat," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat mengenai AES kepada jabatan dan agensi kerajaan, pihak media dan badan bukan kerajaan di sini hari ini.
Ramli Awg berkata, pihak syarikat penyedia AES telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan menambah setakat ini tiada tangkapan dibuat terhadap pihak yang dipercayai sengaja melakukan perbuatan berkenaan.
Beliau berkata, syarikat penyedia perkhidmatan menanggung kos penyelenggaraan atau baik pulih AES yang mengalami kerosakan atau bermasalah.
Katanya pusat kawalan AES di Kuala Lumpur akan mengesan kes vandalisme yang berlaku.
"Bagi kes vandalisme, syarikat penyedia akan membuat laporan polis pada hari yang sama kejadian berlaku. Kes vandalisme ini susah hendak dielakkan, kadang-kadang pada waktu siang, kamera AES berada dalam keadaan baik, tapi esok pagi sudah tumbang atau disembur cat," katanya.
Ramli Awg berkata, JPJ Perak akan meneruskan program penerangan mengenai AES kepada orang ramai yang dimulakan pada 5 Disember lepas.
- Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive