PENGHINAAN TERKINI MAHATHIR TERHADAP HUDUD

31 December 2012

Ni yang buat Najib demam tak kebah .... Ketua Cawangan antara 365 ahli PBS Sandakan sertai Keadilan .


(Oleh Balqis Abdullah)
KUALA LUMPUR 31 Dis: Seramai 365 ahli termasuk pemimpin ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) dari Sandakan meninggalkan BN dan menyertai KEADILAN.
Setiausaha PBS Cawangan Shing Kee, Karamunting, Dalius Lucius Lobinting menyerahkan borang keahlian bersama 30 ahli cawangan itu kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Borang tersebut diterima Anwar selepas berucap pada Jelajah Demi Rakyat, Sandakan di hadapan 4,000 penyokong Pakatan Rakyat, Ahad lalu.
Penyertaan itu turut disertai Ahli Jawatankuasa (AJK) PBS Cawangan Bangsawan Karamunting, Osman Jambu yang membawa lagi 50 ahli bersama.
Bertindak sama, AJK Pemuda PBS Bahagian Karamunting, Suhardi Awang bersama 40 anggota PBS dan Umno bahagian itu.
AJK Wanita PBS Bahagian Karamunting, Faridah Selamat juga menyerahkan borang keahlianbersama 40 ahli lain.
Manakala Kalana Basah, Ketua Cawangan PBS Bahagian Segaliud Sekong bersama 60 ahli turut  ‘bertukar kapal’.
Selain itu, Ketua Cawangan PBS Kampung Gas, Imam Abdul Rahman Asan dan 60 ahli serta Ketua Cawangan PBS Kampung Gad Tengah, Nasip Jaapar, juga membawa 40 ahli menyertai KEADILAN.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42100

1 comment:

XUMNO said...

Nampaknya fixed deposit UMNO dah kering kontang dilarikan oleh Musa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive