(Sidiqin Omar)
SHAH ALAM 20 JANUARI: Lebih 5,000 rakyat hadir ke program Jelajah Merdeka Rakyat di tapak pasar malam Seksyen 17 Shah Alam malam tadi, sekaligus membuktikan Selangor kekal kubu kuat Pakatan Rakyat.
SHAH ALAM 20 JANUARI: Lebih 5,000 rakyat hadir ke program Jelajah Merdeka Rakyat di tapak pasar malam Seksyen 17 Shah Alam malam tadi, sekaligus membuktikan Selangor kekal kubu kuat Pakatan Rakyat.
Meskipun program bertembung dengan perlawanan bola sepak Liga Super antara Selangor dengan Pahang, namun, kehadiran ramai itu menunjukkan rakyat dahagakan maklumat sebenar dari pemimpin Pakatan.
Meskipun hanya duduk di tepi jalan, tanpa khemah berbumbung yang selesa, kehadiran rakyat berbilang kaum, pelbagai lapisan usia dan latar belakang melambangkan semangat untuk melakukan perubahan politik yang tinggi.
Puluhan warung niaga ‘pasang siap’ juga didirikan manakala meja makan di Medan Selera Seksyen Seksyen 17 penuh ‘ditempah’ hadirin, yang ‘sambil-sambil’ makan, turut mendengar ceramah.
Antara pimpinan Pakatan yang berucap ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim, Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail dan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Pegawai Pusat Khidmat Rakyat DUN Batu Tiga Shah Alam dilihat sibuk mengedar kalendar, risalah, pemegang kunci dan Selangor Kini.
Suasana menjadi gamat sebaik ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun Ketua Umum KEADILAN itu tidak terus ke pentas ceramah sebaliknya meluangkan masa ‘mengeteh’ bersama petugas dan aktivis KEADILAN serta penduduk setempat di warung berdekatan.
Kehadirannya menjadi tumpuan, malah orang ramai mengambil peluang bersalaman dan merakam gambar sekali gus membuktikan pimpinan Pakatan, mudah didekati.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43529
No comments:
Post a Comment