18 January 2013

Habis la Najib Rosmah ... Deepak dipanggil ke SPRM - akan dedah semua

January 18, 2013
KUALA LUMPUR, 18 Jan — Usahawan karpet Deepak Jaikishan hari ini memberitahu menerima arahan supaya hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya (SPRM) bagi memberikan keterangan melibatkan Pengakuan Bersumpah (SD) kedua oleh P Balasubramaniam berkenaan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.
Deepak (gambar) memberitahu kepada The Malaysian Insider dalam satu pesanan khidmat ringkas (sms) akan menyerahkan kesemua bukti secara bertulis kepada SPRM apabila bertemu dengan mereka petang ini.
“Ya, SPRM panggil saya berhubung dengan SD kedua Bala,” kata Deepak dalam mesejnya. “Saya akan dedahkan semuanya secara bertulis kepada SPRM hari ini.”
Misteri identiti peguam tersebut timbul sejak SD kedua oleh Bala, ia bertarikh sehari selepas yang pertama pada 3 Julai 2008 melibatkan pembunuhan Altantunya hingga menyebabkan dua anggota elit komando polis telah didakwa dan menghadapi hukuman mati.
Dalam sidang medianya selepas itu, Balasubramaniam, ditemani oleh peguam M. Arulampalam telah menarik balik akuan bersumpah pertamanya dan mengatakan beliau dipaksa untuk menandatanganinya.
Beliau kemudian membuat akuan bersumpah kedua, yang kemudiannya didakwa beliau pada 2008 dilakukan oleh peguam lain tanpa persetujuannya.
Isu pembunuhan Altantunya dan SD Bala ini kembali mendapat perhatian umum selepas Deepak baru-baru ini mengakui beliau terlibat dalam mempengaruhi SD kedua Balasubramaniam.
Beliau juga telah mendedahkan penglibatan seorang “Tan Sri” dalam SD tersebut dan kemudiaannya peguam senior Datuk Zaid Ibrahim juga membuat kenyataan susulan bahawa individu tersebut memegang kedudukan dalam panel Suruhanjaya SPRM.- TMI

2 comments:

Anonymous said...

kene pastikan keselamtan saksi itu....jgn besok keluar surat khabar ada yang jatuh bangunan lagi......hihihih

Anonymous said...

ada juga khabar mengatakan kebarangkalian..
Rejimen 21 Grup Gerak Khas [Komando] akan mengiringi saksi2 yg terlibat...
ntah laa...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive