22 January 2013

Najib nyanyi lagu lama di Kelantan ... orang Kelantan dah tak kisah pun pada 7 janji Najib

Muhammad Yusri Amin,22 Jan 2013



KOTA BHARU: Pelbagai pihak mempertikaikan ‘janji Najib” kepada rakyat Kelantan yang didakwa mempunyai agenda politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa kunjungannya ke Kelantan baru-baru ini mendakwa kerajaan akan melaksanakan ‘tujuh’ program pembangunan sekiranya Barisan Nasional menang dalam PRU-13 di Kelantan.

Bagaimana pun rakyat berterusan membantah sikap Najib itu yang didakwa bermain dengan ‘rasuah politik’ menjelang pilihan raya.

Setiausaha  Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti), Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata janji Najib itu hanya 'ulangan' janji lama yang tidak ditunai.


“Beliau menabur pelbagai janji baru sedangkan janji lama belum ditunaikan.

“Kini menjelang pilihan raya, PM Najib datang ke Kelantan menabur janji lagi,” dakwa Hisyamuddin.

Hishamuddin mendakwa ini termasuklah pemberian royalti 5 peratus sejak 37 tahun lalu, yang dimeterai 9 Mei 1975 antara Kerajaan Kelantan dengan Petronas, yang kini tertunggak sebanyak RM10.4 bilion.

Kerajaan BN dipimpin Najib juga, dakwa Hishamuddin, menafikan pendaratan gas ke Kelantan melalui projek terbaru Petronas bernilai RM16 bilion.

“Merompak gas Kelantan khususnya di peraiaran Kelantan Blok PM302, PM325 dan PM 326B dengan mendaratkan di Kerteh, Trengganu," dakwanya. - Harakah


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive