16 January 2013

PAS anjur himpunan 'Umah Menyokong PAS'


Salmiyah Harun ,16 Jan 2013
KUALA LUMPUR: PAS akan menganjurkan satu Himpunan Perdana dengan tema "Umah Menyokong PAS" sebagai usaha menyakinkan masyarakat  Islam khususnya bahawa PAS adalah wadah penting untuk semua golongan.

Program yang akan berlangsung sehari itu akan diadakan pada akan diadakan pada 3 Febuari depan di Hotel De Palma Ampang.

Menurut Pengarah program Salahuddin Ayub, tujuan himpunan itu adalah untuk meraikan semua golongan sama ada mereka daripada bekas tokoh politik, agamawan, ekonomi, budayawan, akademik, profesional, wanita, belia mahasiswa dan artis yang telah mengisytiharkan pendirian mereka menyokong perjuangan bersama PAS.


Malah katanya, golongan ini telah memberi sumbangan mereka ke arah memperkukuhkan perjuangan PAS bersama Pakatan Rayat yang kini begitu penting dalam memposisikan PAS dalam PRU-13 nanti.

Mereka ini, jelas Salahuddin akan memberikan ucapan mewakili entiti masing-masing dan menyatakan komitmen mereka memberi sokongan kepada PAS.

"Mereka adalah tetamu kehormat yang akan diraikan oleh Mursyidul Am PAS dan Presiden sebagai membuktikan betapa PAS menghargai sokongan mereka," katanya.

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan turut serta dalam program itu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive